Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pertumbuhan ekonomi global dijangka merosot kepada 2.2% pada 2023: OECD

Anggaran Waktu Membaca:
Pertumbuhan ekonomi global dijangka merosot kepada 2.2% pada 2023: OECD

Ibu pejabat OECD di Paris. (Gambar: AFP/Eric Piermont)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 12:19PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 04:54PM

PARIS:  Pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) global dijangka merosot daripada 3.1 peratus tahun ini kepada 2.2 peratus pada 2023, menurut Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) dalam Tinjauan Ekonomi terbarunya pada Selasa.

Angka 2022 itu adalah separuh daripada kadar yang dicatatkan pada 2021 ketika pemulihan daripada pandemik COVID-19, dan kadar pertumbuhan yang diunjurkan untuk 2023 jauh daripada ramalan sebelum tercetusnya konflik Rusia-Ukraine, lapor Xinhua.

"Asia akan menjadi enjin pertumbuhan utama pada 2023 dan 2024, manakala Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan akan menyaksikan pertumbuhan yang sangat rendah," menurut OECD.

Pasaran utama yang sedang pesat membangun di Asia diunjurkan menyumbang hampir tiga perempat daripada pertumbuhan GDP global pada 2023, manakala ekonomi di Amerika Syarikat dan Eropah dijangka perlahan.

"Dikekang akibat harga tenaga dan makanan yang tinggi, keyakinan yang lemah, masalah bekalan yang berterusan, dan kesan awal dasar kewangan yang lebih ketat, pertumbuhan tahunan di kawasan euro pada 2023 diunjurkan sebanyak 0.5 peratus," menurut organisasi itu.

Ekonomi Amerika Syarikat hanya akan berkembang sebanyak 0.5 peratus pada 2023, berbanding 1.8 peratus pada 2022.

"Eropah berusaha menambah rizab gas aslinya dan mengekang permintaan, tetapi musim sejuk di Hemisfera Utara ini pasti menjadikan usaha itu lebih mencabar," menurut OECD.

Harga gas yang lebih tinggi atau gangguan bekalan gas secara langsung akan membabitkan pertumbuhan yang lebih lemah dan kadar inflasi lebih tinggi di Eropah dan dunia pada 2023 dan 2024.

OECD menjelaskan bahawa mempercepatkan pelaburan dalam penggunaan dan pembangunan sumber dan teknologi tenaga bersih adalah penting demi mempelbagaikan bekalan tenaga dan memastikan keselamatan tenaga.

Sumber : Bernama/SU/su

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan