Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Persiapan e-dolar Singapura dipergiatkan; MAS bekerja rapat dengan rakan industri

Kerja-kerja persiapan bagi mata wang Dolar Singapura secara digital sedang dijalankan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Nov 2021 06:54PM Dikemas Kini : 09 Nov 2021 11:49PM

SINGAPURA: Kerja-kerja persiapan bagi mata wang Dolar Singapura secara digital sedang dijalankan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sedang bekerjasama dengan rakan-rakan industri untuk memanfaatkan infrastruktur dan kemahiran teknologi yang diperlukan.

MAS menyatakan e-dolar yang disokong negara dan diterima lebih luas boleh membantu lebih ramai pengguna untuk memanfaatkan sistem-sistem pembayaran global dengan lebih selamat.

Namun, pelancarannya akan mengambil lebih banyak masa lagi.

Pengarah Urusan MAS Ravi Menon berkata Singapura sedang bekerjasama dengan Bank Penyelesaian Antarabangsa untuk menyelaraskan rangka kerja bagi negara-negara untuk menghubungkan sistem pembayaran kepada rangkaian tunggal.

Encik Menon berkata tindakan sedemikian lebih mudah daripada membina sistem rentas sempadan satu persatu, seperti aturan sedia ada dengan Thailand.

Sumber : CNA/ZM/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa