Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Persetujuan ekonomi digital S'pura-UK akan perhebat perdagangan digital, perkongsian data

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2022 11:51AM Dikemas Kini : 15 Jun 2022 12:00AM

SINGAPURA: Persetujuan antara Singapura dengan United Kingdom (UK) untuk memperhebat perdagangan digital dan perkongsian data antara kedua-dua negara berkuat kuasa pada Selasa (14 Jun). 

Perjanjian Ekonomi Digital UK-Singapura (UKSDEA) akan memberi peluang kepada perniagaan Singapura untuk berkembang dari segi ekonomi digital, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam satu kenyataan.

"Faedah kepada perniagaan termasuk perdagangan digital seperti e-bayaran selamat dan perdagangan elektronik, serta perkongsian data yang mudah dan dipercayai," tambah mereka. 

Persetujuan tersebut juga akan memberikan pengguna lebih banyak perlindungan online dan bayaran rentas sempadan yang selamat. 

Singapura dan UK juga memeterai tiga Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai pemudahan perdagangan digital, kerjasama identiti digital dan keselamatan siber. 

Pendigitalan perdagangan juga akan mengurangkan kos dan jejak karbon perdagangan serta memperbaiki akses bagi perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (SME) untuk melibatkan diri dalam perdagangan rentas sempadan, menurut MTI, MCI dan IMDA. 

MOU mengenai identiti digital itu bertujuan untuk membina pengiktirafan sesama negara dan pengendalian rejim-rejim identiti digital di Singapura dan UK. 

MOU ketiga mengenai keselamatan siber menekankan "keinginan yang sama untuk menghuraikan cabaran-cabaran antarabangsa dan memupuk kerjasama dua hala untuk memperkukuhkan keselamatan siber," menurut mereka lagi. 

Ia akan mengasaskan kerjasama siber yang sedia ada antara Singapura dengan UK untuk memupuk daya bingkas siber dan penubuhan kapasiti, tambah MTI, MCI dan IMDA. 

Kedua-dua negara itu juga memeterai dua perjanjian mengenai kerjasama FinTech dan kerjasama kastam. 

Rundingan UKSDEA bermula pada 28 Jun tahun lalu dan persetujuan itu dimeterai pada 25 Februari tahun ini oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran dan Setiausaha AS bagi Perdagangan Antarabangsa Anne-Marie Trevelyan. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan