Skip to main content

Kewangan

Perniagaan tukang jahit naik dek permintaan tinggi pelitup muka guna semula

Perniagaan tukang jahit tempatan kini semakin rancak selepas pandemik COVID-19 menyebabkan pertambahan permintaan bagi pelitup kain yang boleh dipakai semula.

Anggaran Waktu Membaca:
Perniagaan tukang jahit naik dek permintaan tinggi pelitup muka guna semula
Diterbitkan : 04 Apr 2020 07:16PM Dikemas Kini : 04 Apr 2020 07:24PM

SINGAPURA: Perniagaan tukang jahit tempatan kini semakin rancak selepas pandemik COVID-19 menyebabkan pertambahan permintaan bagi pelitup kain yang boleh dipakai semula.

Tempahan bagi pelitup kain yang boleh dipakai semula itu dilaporkan naik sejak pemerintah mengumumkan rancangan mengedarkan pelitup sedemikian mulai esok (4 Apr), sebagai perlindungan tambahan kepada orang ramai.

Kain-kain pelbagai warna dan corak termasuk yang memaparkan watak-watak kartun.

Cik Amelia Ho, yang sebelum ini menghasilkan beg dan kes kosmetik menggunakan kain-kain itu, kini melaporkan permintaan yang bertambah untuk menghasilkan pula pelitup yang boleh digunakan semula.

Cik Ho mendakwa beliau sudah menjual lebih 100 pelitup kain yang boleh dipakai semula itu secara online sejak awal Februari lalu.

Beliau menambah tempahan bertambah sejak COVID-19 diisytiharkan sebagai satu pandemik.

Bagi Cik Chiu Pei Yu pula, beliau mula menawarkan pelitup kain untuk kanak-kanak.

Sejak Januari lalu, beliau menjual sekitar 300 pelitup buatan tangan di internet, dengan 80 peratus daripadanya untuk kanak-kanak.

Cik Chia menyertakan ciri-ciri bahan kalis air, kertas penapis dan wayar untuk hidung agar muat dengan tepat.

Bagaimanapun, para pakar perubatan seperti Profesor Madya Hsu Li Yang dari Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock berkata hakikatnya, pelitup kain kurang berkesan kerana pori-pori kain lebih besar jadi cecair masih boleh menembusi.

Malah, para penjual pelitup kain mendakwa produk mereka tidak diiktiraf pakar perubatan.

Namun, para penjual akan tetap menjualnya selagi ada permintaan.

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita