Perniagaan pemasangan semula pesawat dijangka terus meningkat
Pemain-pemain industri mengatakan perniagaan pemasangan semula pesawat dijangka terus meningkat, sedang lebih ramai penumpang mahukan suasana dan kemudahan yang lebih selesa dan inovasi dari syarikat-syarikat penerbangan.
SINGAPURA: Pemain-pemain industri mengatakan perniagaan pemasangan semula pesawat dijangka terus meningkat, sedang lebih ramai penumpang mahukan suasana dan kemudahan yang lebih selesa dan inovasi dari syarikat-syarikat penerbangan.
Sebuah syarikat utama yang menyediakan khidmat pemasangan semula menganggarkan, bahawa untuk pasaran Asia Pasifik sahaja, permintaannya bernilai $70 bilion dalam masa 20 tahun akan datang.
Pemasangan semula pesawat selalunya dilakukan bagi pesawat yang sudah agak usang yang perlu ditukar sebagai pesawat pengangkut, atau memberikan wajah baru pada kabin pesawat.
Ia juga menjadi huraian bagi syarikat-syarikat penerbangan kecil yang tidak berupaya membeli pesawat-pesawat baru.
Sebaliknya, syarikat-syarikat penerbangan besar seperti SIA dan Qatar menjual pesawat- pesawat lamanya untuk kekal bersaing dalam pasaran yang baru muncul.
Para penganalisis menjangkakan trend itu akan berkembang pesat, sedang pihak pengeluar besar seperti Boeing pula bersedia untuk menyediakan khidmat produk sokongan.
Pendekatan itu mengurangkan kos operasi dan penyenggaraan jangka panjang bagi memenuhi permintaan penumpang.
Trend itu juga diterima baik dalam kalangan khidmat penerbangan tambang murah atau syarikat penerbangan biasa.
"Singapore Airlines memperkenalkan suit yang amat cantik dalam pesawatnya, mereka sedang mempertingkat kelas perniagaan. Trend ini berlaku di merata dunia.
"Selain itu, hiburan dalam pesawat juga kian penting, memandangkan kita melakukan penerbangan jarak jauh, penumpang perlu dihiburkan, mereka mahu menghubungkan komputer riba mereka pada sistem yang sudah ada (dalam pesawat)," kata Naib Presiden Kanan Penjualan (APAC dan India), Dinesh Keshkar.
Beliau menambah "kita akan terus melihat inovasi dalam teknologi tersebut".
Airbus baru-baru ini menerima tempahan Singapore Airlines untuk khidmat memasang semula kabin pesawat, bagi 14 buah pesawat jenis A380.
Malah, permintaan bagi pemasangan semula pesawat itu datang dari pelbagai jenis syarikat penerbangan untuk menepati citarasa penumpang yang semakin meningkat.
Pasaran industri pemasangan semula pesawat itu dijangka meningkat sebanyak 5.5 peratus setiap tahun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.