Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perniagaan pastri popular, Fluff Bakery kini berkembang ke Tampines

Kedai kek tempatan, Fluff Bakery kini mengembangkan sayapnya dengan membuka cawangan kedua. Cawangan keduanya itu merupakan sebuah kafe kecil di Kelab Masyarakat Tampines West yang merupakan satu usahasama yang dikendalikan dengan sebuah pemilik kafe tempatan, Penny University.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kedai kek tempatan, Fluff Bakery kini mengembangkan sayapnya dengan membuka cawangan kedua.

Cawangan keduanya itu merupakan sebuah kafe kecil di Kelab Masyarakat Tampines West yang merupakan satu usahasama yang dikendalikan dengan sebuah pemilik kafe tempatan, Penny University.

Kafe kecil yang baru itu dinamakan Alt-Yard, dengan satu pembukaan awal diadakan semalam.

Meskipun belum siap dengan lengkap, kafe itu sudah menerima sekitar 3,000 pelanggan dalam masa sehari sahaja!

Pelanggan di Alt-Yard (Gambar: Mouss Kamal)

Ketika dihubungi BERITAMediaCorp, pemilik bersama Alt-Yard yang juga pemilik Fluff Bakery, Nursyazanna Syaira Suhimi berkata perniagaan terbaru ini mempunyai tumpuan tersendiri.

Beliau berkata: "Kami akan hanya menyediakan pilihan kek yang terhad di Alt-Yard, bukan pilihan penuh seperti cawangan utama di Jalan Pisang. Ini kerana kami mahu tumpuan utama diberikan kepada churros dan susu bijirin di Alt-Yard."

Bagi para pemerhati, ini semestinya satu peluasan perniagaan. Namun bagi Cik Syaira, yang berusia 28 tahun, penubuhan Alt-Yard ini lebih kepada satu gabungan atau usahasama kreatif.

Cik Syaira menjelaskan: "Saya dan suami, Ashraf membuat keputusan untuk bekerjasama dengan pemilik Penny University, Mouss kerana kami berasa kedua-dua perniagaan kami mempunyai kekuatan yang melengkapi satu sama lain - kopi dan pastri. Penny University juga di mana kami mula bertapak apabila kami memulakan Fluff Bakery."

Pemilik Fluff Bakery, Syaira anjur kelas menghias kek yang eksklusif di Alt-Yard (Gambar: Facebook Fluff Bakery)

"Alt-Yard" ialah singkatan kepada "Alternative Yard" sebagai menggambarkan ruang kecil untuk orang ramai bergaul di tengah-tengah sebuah kelab masyarakat.

Pemilik bersama Alt-Yard, yang juga pemilik Penny University, Mouss Kamal berkata: "Alt-Yard sedang menjalani kerja ubah elok terakhir dan kami berharap dapat buka sepenuhnya dalam masa dua minggu."

Beliau menambah, persiapan untuk Alt-Yard telah bermula sejak Februari lalu.

Pelanggan di Alt-Yard (Gambar: Mouss Kamal)
Sumber : BERITA Mediacorp/is
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan