Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Perniagaan beli kredit bagi imbangi sisa plastik, sejauh mana dapat kurangkan pencemaran?

Satu gelombang perniagaan baru yang mesra alam dengan pembelian kredit bagi mengimbangi sisa plastik yang dihasilkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Sep 2021 08:36PM Dikemas Kini : 19 Sep 2021 09:27PM

SINGAPURA: Satu gelombang perniagaan baru yang mesra alam dengan pembelian kredit bagi mengimbangi sisa plastik yang dihasilkan.

Syarikat-syarikat yang menjual kredit itu melaporkan jumlah pelanggan yang membeli kredit naik dua kali ganda dalam hanya dua bulan.

Namun, para pakar berkata skim begini juga ada kelemahannya.

Jenama fesyen tempatan, Sans Faff, adalah yang pertama seumpamanya menggunakan model "neutral sisa".

Menurut Sans Faff, ia membayar sekitar S$1,000 setahun kepada firma Nu Cycle dari Finland untuk mendapatkan kredit plastik bagi mengimbangi sisa yang dijana.

Syarikat Seven Clean Seas yang berpangkalan di sini mendakwa ia syarikat pertama untuk menawarkan kredit sedemikian.

Temasya Piala Dunia Qatar adalah pelanggan terbarunya.

Namun, para pakar berkata satu keprihatinan mengenai skim tersebut adalah syarikat-syarikat masih menyumbang kepada pencemaran dan tiada perubahan sebenar dilakukan.

Mereka berpendapat syarikat-syarikat patut bermula dengan mengurangkan sisa yang mereka hasilkan. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan