Skip to main content

Kewangan

Perjanjian menyusun semula syarikat diteruskan, menurut Hyflux

Syarikat rawatan air Hyflux yang sedang dibelenggu masalah menyatakan, perjanjian bagi menyusun semula syarikat itu masih akan dilaksanakan meskipun terdapat 'pertikaian-pertikaian tertentu' dengan pelaburnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian menyusun semula syarikat diteruskan, menurut Hyflux

(Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 11:35AM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 11:36AM

SINGAPURA: Syarikat rawatan air Hyflux yang sedang dibelenggu masalah menyatakan, perjanjian bagi menyusun semula syarikat itu masih akan dilaksanakan meskipun terdapat 'pertikaian-pertikaian tertentu' dengan pelaburnya.

SM Investments iaitu sebuah konsortium yang juga terdiri daripada Salim Group, sebuah konglomerat yang berpangkalan di Indonesia, menawarkan dana sebanyak S$530 juta kepada Hyflux beberapa minggu lalu.

Hyflux menyatakan, ia tetap akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa pada 15 April ini, bagi semua pihak berkepentingan untuk mengundi mengenai rancangan-rancangan menyelamatkan syarikat itu.

Ia merupakan antara perkembangan terbaru Hyflux, dengan satu bantahan dijangka diadakan pada Sabtu ini bagi membantah pelan penyusunan semula syarikat tersebut.

Agensi air negara (PUB) sebelum ini menyatakan bahawa jika isu pembayaran tidak dihuraikan sebelum 5 April, ia akan melaksanakan haknya untuk membatalkan perjanjian pembelian air dengan Hyflux dan mengambil alih loji penyulingan air Tuaspring.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita