Skip to main content

Kewangan

PERANG TIMUR TENGAH: Pasaran saham meningkat dipacu sektor teknologi; saham Nvidia menjunam selepas waktu dagangan

Indeks-indeks saham utama meningkat pada Rabu (11 Nov), didorong oleh kenaikan saham teknologi menyusuli laporan positif daripada CoreWeave yang meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap sektor kecerdasan buatan (AI).

Anggaran Waktu Membaca:
PERANG TIMUR TENGAH: Pasaran saham meningkat dipacu sektor teknologi; saham Nvidia menjunam selepas waktu dagangan

Para pedagang menjalankan urus niaga di Bursa Saham New York (NYSE), Amerika Syarikat, pada 10 November 2026. (Gambar: REUTERS/Brendan McDermid)

Diterbitkan : 12 Nov 2026 09:26AM
MIDDLE EAST WAR: Stock markets rise, led by technology sector; Nvidia shares plunge after trading hours
  • On Wednesday, Nov 11, major US stocks rose as positive reports from CoreWeave, including a forecast of profits in 2028, revived confidence in AI and eased concerns about demand and debt-fuelled expansion.
  • Nvidia shares rose 2.9 per cent in regular trading but fell 8 per cent after the close following reports of the possibility that Jensen Huang could be ousted; allegations of an affair were also mentioned in the reports.
  • The Nasdaq and S&P 500 rose by more than 1 per cent, in line with buying of AI stocks in Europe after last week’s selling pressure; investors also assessed the impact of the midterm elections and developments at Nvidia.
  • Brent and WTI crude prices rose after Iran’s statements about nuclear material, while the US dollar strengthened as high inflation and remarks by Fed officials increased expectations of a rate hike in December.
Dijana oleh AI

NEW YORK/MILAN: Indeks-indeks saham utama meningkat pada Rabu (11 Nov), didorong oleh kenaikan saham teknologi menyusuli laporan positif daripada CoreWeave yang meningkatkan keyakinan para pelabur terhadap sektor kecerdasan buatan (AI). 

Dolar Amerika Syarikat turut mengukuh.

Saham Nvidia meningkat 2.9 peratus, sebahagiannya pulih daripada kerugian besar yang dicatatkan baru-baru ini. Bagaimanapun, saham syarikat itu menjunam lapan peratus selepas waktu dagangan. 

Perkembangan tersebut menyusuli laporan Wall Street Journal yang memetik sumber yang mengetahui tentang perkara berkenaan bahawa lembaga pengarah Nvidia sedang bersiap sedia untuk menyingkirkan Ketua Pegawai Eksekutif Jensen Huang selepas beliau dituduh menjalinkan dua hubungan sulit di luar perkahwinan, termasuk dengan seorang individu yang disyaki merupakan pengintip China.

Indeks Nasdaq dan S&P 500 masing-masing menutup sesi dagangan biasa dengan kenaikan lebih satu peratus, manakala sektor teknologi S&P 500 meningkat 2.7 peratus. 

Saham teknologi sebelum ini mengalami tekanan jualan menyusuli pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat minggu lalu, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan kawal selia AI dan sama ada kenaikan saham berkaitan AI dapat dikekalkan.

Saham CoreWeave melonjak 24.7 peratus pada penutupan dagangan Rabu. 

Syarikat tersebut menyatakan, pihaknya menjangka untuk mencatat keuntungan pada 2028, sekali gus meredakan kebimbangan bahawa permintaan mungkin tidak cukup kukuh bagi menyokong pengembangan operasinya yang dibiayai menerusi hutang.

Menurut pakar strategi pasaran, para pelabur masih menilai kesan pilihan raya pertengahan penggal yang menyaksikan Parti Democrat menguasai Kongres, selain perkembangan berita berkaitan Nvidia.

Encik Huang "merupakan individu yang menerajui kebangkitan luar biasa Nvidia", kata Pengarah Urusan Granite Wealth Management di Plymouth, Massachusetts, Bruce Zaro.

"Saya rasa persoalannya ialah sama ada seseorang boleh mengambil alih kepimpinan sekiranya Jensen perlu meletak jawatan atau dipaksa berundur?"

Indeks Dow Jones Industrial Average meningkat 254.60 mata, atau 0.49 peratus, kepada 52,486.49 mata. S&P 500 pula naik 98.45 mata, atau 1.31 peratus, kepada 7,619.38 mata, manakala Nasdaq Composite meningkat 400.31 mata, atau 1.60 peratus, kepada 25,466.19 mata.

Indeks MSCI yang mengukur prestasi saham di seluruh dunia meningkat 12.41 mata, atau 1.12 peratus, kepada 1,121.15 mata.

Indeks STOXX 600 yang merangkumi saham-saham Eropah meningkat 0.7 peratus, dengan para pelabur kembali membeli saham berkaitan AI. 

Perkembangan itu merupakan cerminan kepada kenaikan saham teknologi di Asia selepas sektor tersebut mengalami kejatuhan besar minggu lalu.

Pasaran bon Perbendaharaan Amerika Syarikat ditutup pada Rabu sempena cuti Hari Veteran, sehari selepas hasil bon dua tahun mencatatkan kenaikan harian terbesar sejak April 2025. 

Sementara itu, hasil bon di zon euro dilihat stabil pada Rabu.

HARGA MINYAK, DOLAR MENINGKAT

Harga minyak meningkat selepas ketua keselamatan Iran menyatakan bahawa Tehran tidak akan membenarkan sebarang bahan nuklear yang diperkaya dibawa keluar dari negara tersebut.

Washington menyatakan, isu nuklear mesti menjadi sebahagian daripada sebarang rundingan awal dengan Iran yang bertujuan menamatkan perang antara kedua-dua negara.

Niaga hadapan minyak Brent meningkat AS$1.27 (S$1.63), atau 1.39 peratus, dan ditutup pada AS$92.76 setong (S$118.89), manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat naik 49 sen (63 sen), atau 0.57 peratus, kepada AS$86.53 (S$110.90) setong.

Dolar Amerika Syarikat sekali lagi mengukuh pada Rabu. Data inflasi Amerika Syarikat yang lebih tinggi daripada jangkaan pada Selasa mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) akan menaikkan kadar faedah pada Disember. 

Kenyataan tegas baru-baru ini oleh para pegawai Fed yang cenderung menyokong kenaikan kadar faedah turut mengukuhkan pandangan tersebut.

Para pedagang kini menjangkakan kenaikan kadar faedah pada Disember hampir pasti berlaku, dengan kebarangkalian sekitar 11 peratus bagi kenaikan sebanyak setengah mata peratusan, menurut alat CME FedWatch.

Indeks dolar, yang mengukur nilai mata wang Amerika Syarikat berbanding sekumpulan mata wang termasuk yen dan euro, meningkat 0.7 peratus kepada 102.92, manakala euro turun 0.68 peratus kepada AS$1.1087.

Berbanding yen Jepun, dolar Amerika Syarikat mengukuh 0.69 peratus kepada 159.83 yen.

Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita