Perang Amerika, Israel dan Iran: Pasaran global melonjak selepas Iran umum Selat Hormuz dibuka semula sepanjang tempoh gencatan senjata
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: REUTERS/Susana Vera)
LONDON: Harga saham dan bon melonjak pada Jumaat (17 Apr), manakala harga minyak dan mata wang dolar Amerika jatuh mendadak. Ini berlaku selepas Menteri Luar Iran mengumumkan bahawa Selat Hormuz dibuka semula sepenuhnya sepanjang tempoh gencatan senjata, selaras dengan perkembangan di Lubnan.
Harga minyak jatuh sehingga 10 peratus ke paras bawah S$90 (S$114.17) setong sejurus selepas berita itu diumumkan. Pasaran saham pula melonjak kerana pelabur mula percaya bahawa kadar faedah tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat, terutamanya di Eropah. Mata wang dolar Amerika, yang selama ini dianggap sebagai aset selamat sejak perang bermula pada penghujung Februari, turut jatuh berbanding euro, paun, dan yen.
NICK KENNEDY (Pakar Strategi Mata Wang, Lloyds, London):
"Berita ini tidak mengejutkan kerana perbincangan memang menuju ke arah ini. Dari sudut pasaran, apa yang penting adalah berapa lama gangguan ini berlaku. Semakin cepat kapal boleh melaluinya, semakin baik, dan pasaran akan menilai semula masa depan ekonomi. Pasaran sekarang menuju ke arah yang betul, cuma agak sukar untuk dipercayai sepenuhnya buat masa ini."
MICHAEL BROWN (Pakar Strategi Penyelidikan Kanan, Pepperstone, London):
"Gencatan senjata memang bagus, tetapi sebelum ini Selat Hormuz tetap tidak boleh dilalui dan bekalan komoditi semakin berkurangan. Jika keadaan berubah di mana ketegangan semakin kendur dan bekalan minyak serta barangan kembali mengalir seperti biasa, ia akan menghapuskan risiko besar terhadap ekonomi dunia. Itulah sebabnya pasaran bertindak balas dengan sangat positif."
LARS SKOVGAARD (Pakar Strategi Pelaburan Kanan, Danske Bank, Copenhagen):
"Saya rasa ini satu berita positif tetapi tidaklah sampai membuatkan pasaran melambung tinggi. Anda mungkin akan melihat pemulihan dalam sektor pelancongan, contohnya. Ini juga mungkin menyebabkan pasaran di Eropah dan negara-negara membangun menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Amerika Syarikat."
TOM DI GALOMA (Pengarah Urusan Dagangan Kadar Global, Mischler Financial Group, Utah):
"Harga minyak jatuh dengan banyak sekarang... dan itulah yang menggerakkan seluruh pasaran. Persoalannya, adakah gencatan senjata dan pembukaan selat itu akan berterusan? Saya tidak tahu. Ia mungkin akan mengambil masa untuk kembali stabil, tetapi buat masa ini, semua berita baik yang datang dari rantau Teluk sedang memacu pasaran."

Sumber : Reuters/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.