Skip to main content

Kewangan

Penyenaraian firma tukikan SPAC di SGX pacu ledakan teknologi S’pura

Anggaran Waktu Membaca:
Penyenaraian firma tukikan SPAC di SGX pacu ledakan teknologi S’pura

Gambar fail pusat SGX di Singapura. (Gambar: Calvin Oh)

SINGAPURA: Selepas bertahun-tahun bergelut untuk keluar daripada bayang-bayang pesaing serantau, Bursa Saham (SGX) ingin memantapkan kedudukannya sebagai hab untuk firma pemerolehan bagi tujuan khas, memanfaatkan rombakan pada kawal selia, yang disokong of firma-firma pemerintah dan ledakan teknologi di singapura sendiri

Dirangsang oleh permohonan tinggi daripada syarikat-syarikat pemula teknologi Asia Tenggara untuk mendapatkan dana dan rombakan pada peraturan-peraturan SGX, Singapura akan menyenaraikan sehingga 12 syarikat pemerolehan bagi tujuan khas (SPAC) dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang, menurut para pengurus bank, syarikat pemodal teroka dan penganalisis.

Para penganalisis mengumumkan bahawa Singapura berdepan cabaran-cabaran untuk menarik para pelabur mereka untuk melabur dalam aset baru, terutama sekali selepas SGX mencapai kejayaan yang terbatas dalam percubaannya sebelum ini untuk meningkatkan pasaran ekuitinya.

Sebagai perbandingan, institusi-institusi antarabangsa yang besar sudah beralih ke Hong Kong bagi penyenaraian ekuiti sepanjang dekad lalu.

SPAC di Singapura berkemungkinan akan menyasarkan sektor fintech, teknologi dan pengguna, menurut para pengurus bank.

Penilaian sasaran boleh berada antara S$800 juta dengan S$2 bilion, dengan kemungkinan perjanjian dibuat seawal tahun ini.

Menjadi dasar pendekatan berhati-hati Singapura, pelabur negara , iaitu entiti-entiti berkaitan Temasek merupakan salah satu pelabur asas dalam dua daripada tiga SPAC.

Vertex Venture Holdings, anak syarikat Temasek, dan salah satu dana terbesar di Asia Tenggara, adalah yang pertama melancarkan SPAC teknologi bernilai S$200 juta pada bulan Januari.

PENDEKATAN BERHATI-HATI

"Saya mengharapkan bursa dan pengawal selia agak berhati-hati dalam semua proses ini. Saya tidak rasa mereka akan tiba-tiba sahaja membuka pintunya dan semua orang boleh melabur," kata Encik Chua Kee Lock, Ketua Pegawai Eksekutif Vertex, yang menguruskan aset berjumlah $5.1 bilion.

Langkah-langkah baru itu boleh membawa kepada lebih banyak dana global memainkan peranan aktif dalam pasaran ekuiti awam di Singapura, yang sudah menjadi hab kewangan dan kekayaan Asia yang terkemuka.

Kejayaan Singapura sebagai hab global bagi amanah pelaburan hartanah (REITs) boleh menjadi dasar untuk membina pasaran SPAC.

Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita