Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan runcit S'pura jatuh 10% pada Februari

Penjualan runcit di Singapura jatuh 10 peratus pada Februari 2019 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Singapura (Singstat) pada Jumaat (12 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan runcit S'pura jatuh 10% pada Februari

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 12 Apr 2019 03:11PM Dikemas Kini : 12 Apr 2019 03:15PM

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura jatuh 10 peratus pada Februari 2019 berbanding tempoh yang sama tahun lalu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Singapura (Singstat) pada Jumaat (12 Apr).

Penjualan runcit susut 1.5 peratus berbanding bulan sebelumnya. Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit merosot 10.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, namun naik 1.5 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Hasil penjualan merosot bagi semua sektor runcit berbanding tempoh yang sama tahun lalu, dengan peruncit makanan mengalami kemerosotan terbesar iaitu sebanyak 24.8 peratus, disusuli dengan sektor pakaian dan kasut pada 14.9 peratus.

Penjualan bagi kedai serbaneka, pasar raya, kedai runcit dan, kenderaan bermotor, stesen minyak, barangan perubatan dan kelengkapan dandanan diri, perabot dan perkakas rumah, barangan riadah, jam tangan dan barang kemas, komputer dan peralatan telekomunikasi serta barangan optik dan buku-buku semuanya mengalami kemerosotan antara 4.3 hingga 14.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi sektor makanan dan minuman (F&B), cawangan makanan segera dan kedai makanan lain masing-masing tumbuh 5.6 peratus dan 0.6 peratus, manakala syarikat khidmat katering dan restoran masing-masing turun 8 peratus dan 4.7 peratus.

Secara keseluruhannya, nilai penjualan runcit bagi Februari 2019 adalah sekitar S$3.3 bilion dengan penjualan online membentuk sekitar lima peratus daripada jumlah tersebut.

Sementara itu, sektor khidmat F&B meraih sekitar S$855 juta berbanding S$875 juta pada Februari tahun lalu.

Indeks Penjualan Runcit serta Indeks Makanan dan Minuman mengukur prestasi industri-industri runcit dan khidmat F&B bagi tempoh jangka pendek berdasarkan rekod penjualan masing-masing. Perangkaan penjualan itu tidak mengambil kira cukai seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE). 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan