Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penjualan rumah privet baru di S'pura menjunam 12% dalam suku pertama

Penjualan rumah privet baru di Singapura menjunam pada suku pertama tahun ini seiring dengan kejatuhan harga, di tengah-tengah gangguan akibat pandemik COVID-19, berdasarkan data yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penjualan rumah privet baru di S'pura menjunam 12% dalam suku pertama

Rumah privet dan eksekutif kondominium di Singapura. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 24 Apr 2020 03:12PM Dikemas Kini : 24 Apr 2020 03:24PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru di Singapura menjunam pada suku pertama tahun ini seiring dengan kejatuhan harga, di tengah-tengah gangguan akibat pandemik COVID-19, berdasarkan data yang dikeluarkan pada Jumaat (24 Apr).

Pasaran hartanah privet dijangka akan merosot lagi, sedang langkah "pemutus rantaian" dilaksanakan.

Para pemaju menjual 2,149 unit rumah (tidak termasuk kondominium eksekutif) dalam tiga bulan pertama tahun ini, merosot 12 peratus daripada 2,443 unit dalam suku keempat tahun lalu, menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Para pemaju melancarkan 2,093 kediaman untuk dijual pada tempoh Januari hingga Mac, berbanding 2,226 unit dalam tiga bulan sebelumnya.

Sejajar dengan permintaan yang merosot, harga rumah privet merosot 1 peratus, lebih baik sedikit berbanding ramalan awal -1.2 peratus yang dikeluarkan awal bulan ini. Ini berbanding kenaikan 0.5 peratus dalam suku sebelumnya.

Sentimen serupa dilihat dalam pasaran perumahan awam, di mana urus niaga jualan semula jatuh 7 peratus dalam suku pertama.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan