Penjualan H&M merosot 57% Mac-Mei berbanding setahun lalu
Peruncit fesyen dari Sweden, H&M, menyatakan pada khamis (7 Mei) bahawa penjualannya menjunam 57 peratus dalam nilai mata wang tempatan pada tempoh 1 Mac hingga 6 Mei berbanding tahun lalu.

Logo H&M dilihat di kedainya di Riga, Latvia, pada 30 Jan 2020. (Gambar fail: Ints Kalnins/REUTERS)
STOCKHOLM: Peruncit fesyen dari Sweden, H&M, menyatakan pada khamis (7 Mei) bahawa penjualannya menjunam 57 peratus dalam nilai mata wang tempatan pada tempoh 1 Mac hingga 6 Mei berbanding tahun lalu. Ini disebabkan COVID-19 dan langkah sekatan untuk membendung penularan pandemik itu menyebabkan kebanyakan kedainya ditutup.
"Mulai hujung April, H&M Group sudah mula membuka semula kedai secara bertahap-tahap di beberapa pasaran," menurut syarikat itu dalam satu kenyataan. "Dalam pasaran tersebut yang sudah mula dibuka, perniagaan di kedai pada awalnya lembab."
Ia menyatakan penjualan online sahaja mencatat pertumbuhan 32 peratus dalam tempoh yang sama.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.