Peniaga, perusahaan perlu rancang jangka panjang ketika tangani pandemik, nasihat Presiden Halimah
Perniagaan perlu bersiap untuk jangka masa panjang dan tidak terjejas oleh pandemik COVID-19.
SINGAPURA: Perniagaan perlu bersiap untuk jangka masa panjang dan tidak terjejas oleh pandemik COVID-19.
Presiden Halimah Yacob berkata demikian semasa dialog di Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) petang tadi (2 Sep).
Puan Halimah menambah dewan tersebut boleh menjadi orang tengah antara perniagaan dengan pemerintah.
Semasa dialog itu, isu-isu seperti kesinambungan perniagaan selepas sokongan pemerintah berakhir dan bagaimana para majikan boleh menyokong pekerja tempatan ketika menangani keperluan perniagaan diutarakan.
Presiden Halimah menarik perhatian SCCCI sudah beralih ke wadah online untuk mendekati ahli-ahlinya dan mencari peluang perniagaan di luar negara.
Dewan itu sudah menjalankan hampir 200 kursus online semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan dan menerima lebih 700 panggilan untuk mendapatkan bantuan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.