Peniaga, penyewa di Leisure Park Kallang berdepan masa depan tidak menentu susuli penutupan Cold Storage
Anggaran Waktu Membaca:
Pusat beli-belah Leisure Park Kallang pada 2 April 2025. (Gambar: CNA/Charmaine Jacob)
SINGAPURA: Perniagaan-perniagaan di pusat beli-belah Leisure Park Kallang menyaksikan kemerosotan pada bilangan pengunjung dan penjualan lebih rendah, menyusuli penutupan pasar raya Cold Storage pada Mac lalu, iaitu penyewa lama pusat belah-belah itu.
Dengan jumlah pengunjung mula merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pusat beli-belah itu kini lebih lengang.
Penutupan pawagam Filmgarde Cineplexes dan restoran Coca Hotpot pada Mac lalu turut memburukkan keadaan di pusat beli-belah itu.
Walaupun perniagaan lebih rancak pada hujung minggu, ramai penyewa berkata ia tidak mencukupi.
Hockhua Tonic, yang terletak di sebelah Cold Storage, menyaksikan jumlah pengunjung merosot sebanyak 80 peratus sebulan selepas pasar raya itu ditutup.
Walaupun acara-acara di Stadium Negara atau Stadium Tertutup Singapura menarik lebih ramai pelanggan yang kebanyakannya membeli teh herba dalam botol, penjualan barang kering "sangat, sangat terjejas", kata pengurus cawangan itu, Liu Zheng Rong.
"Kami baru sahaja memperbaharui tempoh sewa kami untuk dua tahun akan datang, tetapi ia benar-benar sunyi. Kami sangat bimbang," katanya.
Beberapa penyewa lain juga berkongsi keprihatinan sama.
Rangkaian kafe Joe and Dough juga menyaksikan penjualan merosot sejak Oktober 2024.
Pengurus kafe, Shureen Sulaiman berkata beliau kurang pasti sama ada trend itu akan berubah.
Malah sebelum penutupan Cold Storage, penjualan pada tiga bulan pertama tahun ini "tidak berganjak", katanya.

KESAN DOMINO
Kehilangan serentak dua penyewa utama - pawagam dan pasar raya itu - meninggalkan kesan yang saling bertindih, kata para pakar runcit.
"Pemasar besar-besaran seperti pasar raya dan pawagam selalunya membawa kepada runcit berasaskan destinasi - di mana para pengunjung menjadikan kedai itu sebagai sebab untuk mengunjungi pusat beli-belah tersebut, dan penyewa kecil yang lain meraih manfaat daripada jumlah pengunjung yang datang," kata Dr Seshan Ramaswami, profesor madya pendidikan pemasaran di Universiti Pengurusan Singapura (SMU).
Apabila penyewa utama mengundurkan diri, "sukar untuk penyewa lain bangkit semula", katanya.
Dr Samer Elhajjah, pensyarah kanan jurusan pemasaran di sekolah perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata ini boleh menyebabkan "kesan domino, di mana pengunduran satu perniagaan akan mendorong perniagaan lain untuk turut sama keluar".
"Landskap runcit yang berubah-ubah bermakna para pelanggan kini mahukan lebih daripada sekadar tempat untuk membeli-belah," katanya.
"Mereka mahukan pengalaman yang lebih menarik, kemudahan dan nilai. Jika sebuah pusat beli-belah tidak membuat perubahan untuk menenuhi jangkaan itu terutama sekali apabila pesaing lain dapat berbuat demikian, ia menjadi sangat sukar untuk para penyewa kekal berdaya maju."
Jack Investments, yang memiliki Leisure Park Kallang, enggan memberi komen mengenai kesan penutupan penyewa di pusat beli-belah itu.
MEMIKAT PENGUNJUNG LEBIH MUDA
Walaupun dengan bilangan pengunjung yang merosot, tidak semua penyewa yang terjejas teruk.
Perniagaan-perniagaan khusus bagi golongan belia dan kanak-kanak, seperti taman permainan 'Wan To Play Capybara Creek', menyaksikan jumlah pengunjung yang ramai pada setiap hujung minggu dan masih mendapat tempahan bagi majlis ulang tahun.
Walaupun jumlah pengunjung merosot menyusuli penutupan Cold Storage, taman permainan itu dapat mengekalkan sebahagian besar pengunjungnya, kata seorang kakitangan yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Teo.
Tempat bermain boling dan gelanggang luncur ais juga masih menarik ramai remaja dan keluarga.
Kunjungan Mediacorp ke tempat-tempat itu pada empat hari biasa secara berasingan, kedua-dua tempat itu secara konsisten mempunyai lebih 10 pengunjung - iaitu perbezaan ketara berbanding kedai-kedai lain di pusat beli-belah berkenaan.
Pekerja di tempat bermain boling, Kallang Bowl mengesahkan perniagaan mereka tetap stabil walaupun dengan penutupan Cold Storage.
Ini adalah daya tarikan yang "agak unik" di Singapura, kata Dr Ramaswami dari SMU.
Beliau berkata pusat beli-belah itu boleh menarik perniagaan-perniagaan yang menawarkan aktiviti riadah dan hobi yang lain bagi mengatasi kehilangan penyewa utama, dan mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah destinasi riadah.
"Dengan mengadakan lebih banyak acara yang tertumpu kepada golongan belia dan keluarga muda secara berkala juga dapat menarik lebih ramai pengunjung.
"Dan tentu sekali, apabila terdapat acara besar-besaran di kawasan stadium, pusat beli-belah ini boleh menawarkan promosi yang saling berkait dengan acara itu," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.