Peniaga F&B Melayu/Islam dan India/Muslim manfaatkan Chamber Circle DPPMS, teroka pasaran serantau
Mendalami perkembangan pasaran serantau serta memahami sokongan yang dapat membantu perniagaan menjadi lebih cekap.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mendalami perkembangan pasaran serantau serta memahami sokongan yang dapat membantu perniagaan menjadi lebih cekap.
Inisiatif ini bertujuan memberikan pandangan perniagaan strategik serta memperluas peluang perniagaan Melayu/Islam ke pasaran Islam global yang lebih luas.
Menurut DPPMS, acara yang berlangsung di Village Hotel Bugis itu juga merupakan sebahagian daripada misinya untuk memupuk budaya keusahawanan yang dinamik dalam kalangan peniaga Muslim.
Naib Presiden DPPMS, Cik Fadillah Majid berkata: "Kami harap mereka dapat meluaskan rangkaian menerusi sesi ini. Kami juga harap mereka dapat mengetahui khidmat-khidmat yang ditawarkan DPPMS serta untuk tampil ke depan, agar DPPMS dapat maju ke depan lagi dengan pengalaman yang dibawa oleh para peniaga."
Sepanjang dua jam sesi berlangsung, lebih 80 peniaga mendengar perkongsian daripada panel jemputan.
Mereka terdiri daripada Encik Mohamed Khair Mohamed Noor, CEO Suchi Success Initiatives Pte Ltd, Encik Raja Mohamed, Pengarah Pengurusan syarikat perundingan Five Pillars, serta wakil dari NTUC e2i yang berkongsi tentang pelbagai bentuk sokongan yang ditawarkan kepada perniagaan.
Menurut Encik Khair, pasaran halal di Singapura memiliki keunikan tersendiri.
"Salah satu perkara yang saya kongsi adalah tentang pasaran halal di Singapura di mana ia amat unik, tidak seperti di tempat-tempat lain. Seperti mana ia disokong kukuh oleh mereka yang bukan Muslim, sama-sama mencari dan menyokong bidang F&B halal di sini. Di sana,saya melihat bagaimana DPPMS boleh pantau, untuk perkukuhkan perniagaan Halal, untuk menjadi lebih kukuh di Singapura dan di rantau ini," kata beliau.
Sesi tersebut turut memberi peluang kepada para peserta untuk meluaskan rangkaian dan memahami lebih lanjut tentang perkembangan pasaran serantau serta bantuan yang tersedia.
Pengasas syarikat katering Shaabaz Kitchen, Encik Abdul Malieq berkata: "Ini kali yang kedua buat saya. Peniaga dari kumpulan etnik yang berbeza datang kembangkan perniagaan. Inisiatif ini sangat dialu-alukan untuk para usahawan. Kami memang memerlukan bantuan untuk saling menyokong antara satu sama lain. Bagi para usahawan, kita perlu tahu apa yang sedang berlaku di zon ini, Malaysia, serta membina rangkaian untuk pertumbuhan perniagaan.
Sementara itu, konsultan kewangan Cik Habidah Shah menyatakan sesi itu memberikan pendedahan kepada pelbagai bentuk sokongan dan bantuan yang tersedia.
"Sesi ini sangat bermakna kerana ia menunjukkan kita kepada sokongan yang ada. Kita juga dapat mengenali geran-geran yang ada untuk para peniaga. Kita boleh tahu cara untuk mempertingkatkan perniagaan serta mewujudkan strategi lebih rancak untuk perniagaan," kata beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.