Skip to main content

Kewangan

Pengilangan S'pura terus berkembang meski pada kadar lebih perlahan

Pertumbuhan dalam sektor pengilangan Singapura terus berkembang pada Ogos tetapi pada kadar lebih perlahan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Sep 2018 09:44PM Dikemas Kini : 03 Sep 2018 10:30PM

SINGAPURA: Pertumbuhan dalam sektor pengilangan Singapura terus berkembang pada Ogos tetapi pada kadar lebih perlahan.

Ini sebahagian besarnya didorong pesanan dan eksport baru yang lebih tinggi.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) - penunjuk awal kegiatan pengilangan - mencatat peningkatan bagi 24 bulan berturut-turut.

PMI Pengilangan naik 0.3 mata kepada 52.6 mata. Pengeluaran kilang dan pekerjaan meningkat manakala tahap inventori berada di paras terendah sejak Ogos tahun lalu.

Indeks sektor elektronik - bidang utama PMI - naik 0.4 mata kepada 52 mata.

Secara keseluruhan, harga import mencatat kadar pertumbuhan lebih tinggi. Bacaan di atas 50 menunjukkan pertumbuhan ekonomi.  

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita