Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengilangan S'pura menjunam 22.3% pada Feb berbanding Jan

 Kegiatan pengilangan di Singapura menjunam lebih daripada 20 peratus pada bulan Februari, berbanding bulan sebelumnya, di tengah-tengah penularan COVID-19 yang semakin teruk. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Mar 2020 10:57PM Dikemas Kini : 26 Mar 2020 11:23PM

SINGAPURA: Kegiatan pengilangan di Singapura menjunam lebih daripada 20 peratus pada bulan Februari, berbanding bulan sebelumnya, di tengah-tengah penularan COVID-19 yang semakin teruk.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, pengeluaran pengilangan jatuh 22.3 peratus pada bulan Februari, menurut sebuah data yang dikeluarkan Lembaga Kemajuan Ekonomi Singapura (EDB) pada Khamis (26 Mac).

Data pengilangan itu merupakan satu lagi data muram selepas data terbaru menunjukkan ekonomi Singapura menguncup 2.2 peratus berbanding tahun sebelumnya dalam suku pertama.

Para penganalisis sudahpun menurunkan ramalan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) untuk setahun penuh kerana menjangkakan penguncupan ekonomi.

Kelompok elektronik utama mencatatkan penguncupan terbesar pada -17.3 peratus. Semikonduktor terjejas paling teruk, menjunam 18.7 peratus manakala perkakasan komputer dan penyimpanan data turun 17.4 peratus.

Kelompok pengeluaran bioperubatan berkembang 6.4 peratus, dengan pengeluaran teknologi perubatan meningkat 9.1 peratus, dan pengeluaran farmaseutikal meningkat 5.3 peratus.

Pengeluaran untuk kejuruteraan jitu berkembang 26.2 peratus pada bulan Februari berbanding tahun sebelumnya, apabila pengeluarannya rendah disebabkan cuti Tahun Baru Cina, menurut EDB. Cuti Tahun Baru Cina jatuh pada 25 Jan dan 26 Jan tahun ini.

Begitu juga dengan pengilangan am yang meningkat 16.1 peratus pada bulan Februari tahun ini kerana hari pengeluaran yang kurang semasa cuti Tahun Baru Cina tahun lepas.

Keluaran kejuruteraan pengangkutan meningkat 10.9 peratus, dipacu kadar kegiatan pembaikan dan penyelenggaraan yang lebih tinggi daripada penerbangan komersil dan juga kerja-kerja untuk projek luar pesisir.

Pengeluaran bahan kimia berkembang 5.2 peratus tahun ke tahun pada bulan Februari.

Data prestasi pengeluaran bulanan seterusnya akan dikeluarkan pada 24 April. 

Sumber : CNA/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan