Pengilang kurang yakin keadaan perniagaan akan tambah baik pada separuh pertama 2022
Pengilang tempatan tidak begitu yakin bahawa keadaan perniagaan akan bertambah baik pada separuh pertama tahun ini.

Gambar fail: TODAY
SINGAPURA: Ramalan ekonomi secara keseluruhannya kekal positif meskipun dengan kemunculan varian baru COVID-19 dan tekanan terhadap rantaian bekalan.
Namun, hanya 15 peratus daripada syarikat-syarikat yang ditinjau Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) positif tentang ramalan perniagaan bagi tempoh enam bulan akan datang.
Kelompok kejuruteraan pengangkutan paling optimistik, dengan lebih 50 peratus menjangkakan persekitaran yang lebih baik.
Ia menjangkakan permintaan lebih tinggi bagi penyenggaraan dan pembaikan pesawat sedang negara-negara melonggarkan sekatan sempadan.
Kelompok pengilangan bioperubatan juga meramalkan permintaan lebih kukuh bagi alat perubatan.
Permintaan global yang kukuh bagi cip juga mungkin memacu pelaburan global yang kukuh bagi kelompok kejuruteraan jitu.
Ramalan bagi projek-projek dalam kelompok elektronik bagaimanapun agak lemah disebabkan oleh keprihatinan terhadap permintaan eksport yang rendah dari China.
Hampir 25 peratus syarikat dalam sektor perkhidmatan pula menjangkakan keadaan perniagaan akan bertambah baik dari sekarang hingga Jun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.