Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penggunaan wadah GoSpree bagi peruncit dilanjutkan setelah GSS

Persatuan Peruncit Singapura (SRA) akan melanjutkan khidmat wadah GoSpree untuk para peruncit sepanjang tahun ini melampaui musim Jualan Murah Besar-Besaran Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Penggunaan wadah GoSpree bagi peruncit dilanjutkan setelah GSS

Pengunjung memakai pelitup berjalan-jalan di Orchard Raod, Singapura, pada 28 Jan.

Diterbitkan : 10 Oct 2020 07:15PM Dikemas Kini : 10 Oct 2020 07:22PM

SINGAPURA: Persatuan Peruncit Singapura (SRA) akan melanjutkan khidmat wadah GoSpree untuk para peruncit sepanjang tahun ini melampaui musim Jualan Murah Besar-Besaran Singapura (GSS).

Wadah itu mendapat sambutan memberangsangkan walaupun diadakan buat pertama kali dalam masa 26 tahun.

GSS tahun ini berakhir hari ini (10 Okt) dengan jumlah pelanggan baru di wadah GoSpree meningkat 20 peratus berbanding tahun lepas.

Sebagai contoh, penggunaan baucar GoSpreee bagi peruncit tempatan Eu Yan Sang naik sehingga 70 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.

Sebilangan besar baucar itu digunakan warga emas yang pada asalnya menghadapi masalah untuk menggunakan wadah online.

20,000 baucar GoSpree sudah dimuat turun dan hampir 20 peratus ditebus daripada kedai-kedai.

Bagi syarikat Seager pula, jualannya tidak berubah semasa musim eGSS kerana ia sudah mula memberi potongan harga sejak bulan Februari untuk menghabiskan barangan.

Para pakar mengatakan penganjur GSS mempunyai tugas berat untuk memastikan acara tahunan itu terus relevan.

Menurut mereka langkah mengadakan acara tahunan itu secara online adalah baik tetapi masih ada ruang untuk menjadikannya lebih baik bagi menarik pelanggan. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan