Pengguna mungkin dikenakan yuran untuk guna platform X
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail CEO Twitter, yang kini dikenali sebagai X Corp, dan Tesla Elon Musk. (Gambar fail: AP/Michel Euler, Pool)
AMERIKA SYARIKAT: Platform media sosial X mungkin mengenakan bayaran bulanan kepada semua pengguna, umum pemiliknya, Elon Musk pada Isnin (31 Ogos).
Taikun teknologi tersebut sudah membuat beberapa perubahan sejak beliau mengambil alih platform itu pada harga US$44 bilion (S$60 bilion) pada tahun lepas apabila ia masih dipanggil Twitter.
Beliau memecat ribuan pekerja, memperkenalkan pilihan premium, mengurangkan kawalan ke atas kandungan dan mengembalikan semula akaun-akaun yang sebelum ini disekat, termasuk akaun mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Pada Julai, beliau mengatakan bahawa platform tersebut sudah kehilangan kira-kira separuh pendapatan daripada iklan.
Bot, iaitu akaun-akaun yang dikendalikan oleh program komputer dan bukannya manusia, tersebar di X dan ia boleh digunakan untuk memperkukat mesej politik dan kebencian antara kaum.
Semasa rundingan dengan Encik Musk pada hari Isnin, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menimbulkan persoalan tentang kecenderungan anti-Semistisme di laman online dan bagaimana caranya X boleh "mencegah penggunaan bot untuk meniru dan menguatkannya".
Encik Musk berkata syarikatnya sedang "beralih kepada langkah mengenakan bayaran bulanan yang kecil untuk pengunaan platform X".
"Ia satu-satunya cara yang saya boleh fikirkan untuk membanteras bot tersebut," katanya.
Perbincangan itu, yang disiarkan di X, timbul apabila taikun Tesla itu dibelenggu pertikaian dengan liga antifitnah, iaitu sebuah pertubuhan Yahudi yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Encik Musk menuduh liga tersebut membuat tuduhan yang tidak berasas berkair anti-Semitisme yang menakut-nakutkan pengiklan dan menjejas pendapatan syarikatnya dan beliau mengugut untuk membuat tuntutan sama ke atas liga itu.

Sumber : AFP/SF/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.