Skip to main content

Kewangan

Pengendali pertukaran kripto Binance Asia Services tarik balik permohonan lesen MAS

Binance Asia Services, syarikat pengendali Binance.sg, menarik balik permohonan kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengendalikan pertukaran mata wang kripto terkawal di negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengendali pertukaran kripto Binance Asia Services tarik balik permohonan lesen MAS

Petikan dari laman binance.com.

Diterbitkan : 13 Dec 2021 11:36AM Dikemas Kini : 13 Dec 2021 11:37AM

SINGAPURA: Binance Asia Services, syarikat pengendali Binance.sg, menarik balik permohonan kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mengendalikan pertukaran mata wang kripto terkawal di negara ini.

Keputusan itu dibuat setelah "mengambil kira pertimbangan strategik, komersil dan pembangunan global", menurut Binance dalam satu kenyataan media hari ini (13 Dis).

Berkuat kuasa serta-merta, pendaftaran, simpanan mata wang dan mata wang kripto serta perdagangan di Binance.sg akan ditutup, tambahnya.

Operasi Binance.sg akan ditamatkan menjelang 13 Februari tahun depan. Para pengguna platform itu mesti menutup kesemua kedudukan terbuka dan mengeluarkan kesemua dolar Singapura dan aset mata wang kripto sebelum tarikh tersebut, menurutnya lagi.

"Kami sentiasa mengutamakan para pengguna, jadi keputusan untuk menutup Binance.sg bukan sesuatu yang mudah. Keutamaan kami adalah untuk membantu para pengguna di Singapura mengalihkan aset-aset mereka ke wadah atau khidmat pihak ketiga yang lain," menurut CEO Binance.sg Richard Teng.

Binance akan menumpukan semula operasi Binance Asia Services di Singapura kepada sebuah hab inovasi 'blockchain' bagi membantu membangunkan ekosistem 'blockchain' sejagat, menurut syarikat itu.

Pada September, MAS mengarahkan Binance - iaitu sebuah entiti berasingan yang mengendalikan satu lagi pertukaran mata wang kripto Binance.com - supaya berhenti menawarkan khidmat bayaran kepada para pengguna di Singapura.

MAS pada ketika itu menyatakan bahawa permohonan lesen Binance Asia Services untuk mengendalikan Binance.sg kini di bawah semakan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita