Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengasas Huawei kata penangkapan CFO bermotif politik: BBC

Pegasas Huawei Ren Zhengfei berkata pada Isnin (18 Feb) bahawa penangkapan anak perempuannya, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou, didorong motif politik.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas Huawei kata penangkapan CFO bermotif politik: BBC

Pegasas Huawei Ren Zhengfei. (Gambar: Reuters/Bobby Yip)

Diterbitkan : 19 Feb 2019 03:27PM Dikemas Kini : 19 Feb 2019 03:29PM

LONDON: Pegasas Huawei Ren Zhengfei berkata pada Isnin (18 Feb) bahawa penangkapan anak perempuannya, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Huawei, Meng Wanzhou, didorong motif politik.

"Pertama, saya tidak setuju dengan apa yang dilakukan Amerika Syarikat. Perbuatan seperti ini yang didorong motif politik tidak boleh diterima," kata Encik Ren dalam satu wawancara dengan BBC.

Pihak Kanada memberkas Meng pada 1 Dis atas permintaan Amerika Syarikat. Meng didakwa melakukan penipuan bank dan pemindahan untuk melanggar sekatan-sekatan terhadap Iran.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat menafikan dakwaan-dakwaan itu didorong oleh kepentingan politik. "Kes jenayah Jabatan Kehakiman terhadap Meng Wanzhou hanya berdasarkan bukti dan undang-undang.

Dakwaan jenayah oleh Jabatan itu bebas daripada sebarang campur tangan politik serta berasaskan bukti dan kedaulatan undang-undang," menurut seorang jurucakap Cik Nicole Navas, dalam satu kiriman emel kepada Reuters.

Huawei, bersama sebuah lagi syarikat peralatan rangkaian China, ZTE Corp, didakwa oleh Amerika Syarikat bekerja untuk pihak pemerintah China. Menurut Amerika Syarikat, peralatan syarikat-syarikat itu boleh digunakan untuk melakukan pengintipan terhadap warga Amerika. Huawei sudah berulang kali menafikan dakwaan-dakwaan itu.

Pengasas Huawei menekankan bahawa syarikat itu "tidak akan pernah melibatkan diri" dalam sebarang aktiviti risikan.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan