Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pengarah IMF tegaskan peranan bank-bank pusat dalam matawang digital

Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde berkata bank-bank pusat boleh memainkan peranan dalam matawang digital sedang dunia bergerak ke arah sistem pembayaran tanpa tunai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2018 06:08PM Dikemas Kini : 15 Nov 2018 01:32AM

SINGAPURA: Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde berkata bank-bank pusat boleh memainkan peranan dalam matawang digital sedang dunia bergerak ke arah sistem pembayaran tanpa tunai.

Beliau menegaskan demikian dalam ucapan pembukaannya di Festival Fintech Singapura.

Menurutnya, matawang digital yang dikeluarkan oleh bank-bank pusat lebih dipercayai kerana ia mengikut undang-undang dan boleh digunakan semua sektor masyarakat.

Ini tidak seperti matawang privet seperti bitcoin dan ethereum.

Cik Lagarde menambah, dunia sedang berubah dan dalam era digital ini pengguna menjangkakan sistem yang lebih mudah.

"Kami melayari dunia maklumat, di mana data adalah "emas baru" - di sebalik kebimbangan yang semakin meningkat terhadap isu privasi, dan keselamatan siber. Dunia di mana golongan milenial mencipta semula bagaimana ekonomi kita berfungsi, menggunakan telefon.

Ini penting; wang itu sendiri berubah. Kami mengharapkan ia menjadi lebih mudah dan mesra pengguna, mungkin kelihatan kurang serius," ujar beliau lagi. 

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan