Skip to main content

Kewangan

Penerbangan SIA tanpa henti antara S'pura-New York bermula 9 Nov

Penerbangan pesawat Singapore Airlines tanpa henti antara Singapura dengan New York bermula pada 9 hari bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan SIA tanpa henti antara S'pura-New York bermula 9 Nov

(Gambar fail.)

Diterbitkan : 20 Oct 2020 06:33PM Dikemas Kini : 20 Oct 2020 06:37PM

SINGAPURA: Penerbangan pesawat Singapore Airlines tanpa henti antara Singapura dengan New York bermula pada 9 hari bulan depan.

Khidmat itu membawa penumpang dan kargo.

Penerbangan pergi balik itu antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy tiga kali seminggu.

Buat masa ini, satu lagi destinasi di Amerika Syarikat yang mempunyai khidmat penerbangan tanpa henti SIA ialah Los Angeles.

SIA menyatakan khidmat baru itu adalah satu-satunya hubungan kargo udara tanpa henti dari bahagian timur laut Amerika ke Singapura.

Ia penting kerana kawasan Amerika itu adalah hab pengagihan serantau.

SIA meramalkan permintaan kargo yang banyak meliputi pelbagai industri termasuk farmaseutikal, e-dagang dan teknologi.

Syarikat penerbangan itu juga menjangkakan lebih ramai penumpang bakal singgah di Lapangan Terbang Changi.

SIA berharap untuk terus meningkatkan khidmat-khidmat sedia ada dan memulihkan yang lainnya sedang permintaan bagi khidmat penumpang dan kargo kembali bertambah.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita