Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penerbangan Air Asia Pulau Pinang-Melaka dijangka pulih esok

Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) membabitkan syarikat penerbangan AirAsia, bagi laluan Pulau Pinang-Melaka dijangka pulih esok (6 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan Air Asia Pulau Pinang-Melaka dijangka pulih esok

Gambar fail pesawat AirAsia (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 05 Jul 2019 09:21PM Dikemas Kini : 05 Jul 2019 09:26PM

MELAKA: Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) membabitkan syarikat penerbangan AirAsia, bagi laluan Pulau Pinang-Melaka dijangka pulih esok (6 Jul).

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Encik Mohd Sofi Abdul Wahab berkata operasi peralatan yang rosak sudah berjaya dipulihkan, dan berjalan lancar dengan menggunakan alat janakuasa sementara.

“Prosedur penerbangan juga sudah diluluskan dan Air Asia dan dijangka menyambung semula penerbangan ke Melaka mulai esok.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan pihak subkontraktor, yang bertungkus lumus menyelesaikan masalah ini,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Encik Mohd Sofi berkata beliau berharap masalah-masalah sebegini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

“Prosedur dan amalan penyelenggaraan mesti disemak semula serta penambahbaikan mesti dilakukan,” katanya.

Bernama semalam melaporkan operasi penerbangan laluan AirAsia Pulau Pinang-Melaka di LTAM terpaksa diberhentikan sementara, disebabkan masalah teknikal pada alat pandu arah navigasi.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan