Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pendapatan, tenaga kerja firma sektor teknologi naik seganda menerusi program pemerintah

Sektor teknologi tempatan terus berkembang di bawah dua program kendalian pemerintah, yang membantu sektor itu untuk meningkatkan keupayaan dan menghubungkannya dengan para pelabur.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendapatan, tenaga kerja firma sektor teknologi naik seganda menerusi program pemerintah

Gambar fail kawasan pusat bandar Singapura, CBD. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Sektor teknologi tempatan terus berkembang di bawah dua program kendalian pemerintah, yang membantu sektor itu untuk meningkatkan keupayaan dan menghubungkannya dengan para pelabur.

Melalui program tersebut, pendapatan dan jumlah tenaga kerja bagi lebih 100 syarikat juga naik seganda sepanjang tujuh tahun lalu.

Selain itu, syarikat-syarikat berkenaan meraih manfaat daripada pelbagai peluang perniagaan bernilai sekitar S$800 juta.

"Modal pertumbuhan baru bernilai lebih S$450 juta sudahpun diraih oleh syarikat-syarikat ini sejak menyertai program tersebut. Dengan lebih banyak sumber, syarikat-syarikat itu boleh mengembangkan bakat masing-masing dan membangunkan keupayaan baru untuk menambah baik inovasi yang pada asalnya membantu menarik perhatian kepada mereka" kata Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo.

"Kami berharap ini akan membantu mewujudkan kitaran pertumbuhan yang baik."

Cik Teo berkata demikian di majlis penyampaian Anugerah Techblazer 2022 pada Isnin (24 Jan).

Sebanyak 440 pencalonan diterima bagi anugerah inovasi teknologi itu iaitu bilangan tertinggi setakat ini.

Sebanyak 14 pertubuhan menerima pengiktirafan kerana mencipta huraian menggunakan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI) dan Realiti Maya (VR).

Satu daripadanya menggunakan teknologi suara perbualan. Teknologi AI itu boleh bertutur dan memahami bahasa tempatan seperti Singlish. Ia juga boleh meniru emosi manusia untuk meningkatkan perkhidmatan panggilan.

Teknologi tersebut kini digunakan di beberapa sektor seperti khidmat jagaan kesihatan dan kewangan.

Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan