Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pendapatan Microsoft terus meningkat; pandemik 'pacu' permintaan tinggi pengkomputeran awan, rangsang penjualan Xbox

Trend kerja dari rumah di tengah-tengah COVID-19 bawa tuah kepada gergasi teknologi Microsoft, yang banyak melabur dalam pengkomputeran awan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendapatan Microsoft terus meningkat; pandemik 'pacu' permintaan tinggi pengkomputeran awan, rangsang penjualan Xbox

(Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 27 Jan 2021 02:55PM Dikemas Kini : 27 Jan 2021 03:01PM

NEW YORK: Microsoft pada Selasa (26 Jan) melaporkan khidmat pengkomputeran awan Azure melonjak 50 peratus, meningkat dua suku berturut-turut sedang pandemik COVID-19 menguntungkan pelaburan pembuat sofwe itu yang mengambil kesempatan daripada persekitaran belajar dan bekerja dari rumah.

Saham syarikat itu meningkat 4 peratus dalam sesi dagang yang dilanjutkan setelah melonjak sekitar 41 peratus pada 2020 apabila COVID-19 mengalihkan pengkomputeran ke satu bidang di mana pembuat sofwe boleh membuat pelaburan besar.

Ia turut menyaksikan kebangkitan yang mengejutkan pada hasil penjualan bagi rangkaian sosial profesional LinkedIn dan berjaya mengatasi masalah kekurangan cip yang mengancam akan menjejas perniagaan Xbox.

Peralihan ke aturan bekerja dari rumah ekoran pandemik COVID-19 memacu peralihan perusahaan ke sistem pengkomputeran awan, yang menguntungkan Microsoft dan pesaingnya seperti Amazon.com Inc. dan Google Cloud dari Alphabet Inc.

Menurut Microsoft, pendapatan bagi segmen "Intelligent Cloud" naik 23 peratus kepada AS$14.6 bilion (S$19.34 bilion), dengan pertumbuhan 50 peratus bagi Azure.

Para penganalisis menjangkakan pertumbuhan 41.4 peratus bagi Azure, menurut data yang dikumpulkan Visible Alpha.

Pada suku sebelumnya, Azure tumbuh 48 peratus.

Pertumbuhan pendapatan LinkedIn, yang merosot akibat COVID-19, mencecah 23 peratus, hampir sama dengan paras sebelum berlaku pandemik iaitu 24 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Kewangan Microsoft Amy Hood berkata iklan-iklan di LinkedIn mememacu peningkatan tersebut. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan