Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Penangguhan'gelembung udara' HK-S'pura dedahkan cabaran pemulihan perjalanan

Penangguhan pelancaran aturan perjalanan udara antara Hong Kong dengan Singapura menjejas saham syarikat penerbangan nasional, SIA dan Cathay Pacific serta mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh industri perjalanan global sedang ia berusaha untuk pulih dari pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Penangguhan'gelembung udara' HK-S'pura dedahkan cabaran pemulihan perjalanan

Kaunter penerbangan Cathay Pacific di lapangan terbang (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Nov 2020 04:28PM Dikemas Kini : 23 Nov 2020 04:35PM

SINGAPURA: Penangguhan pelancaran aturan perjalanan udara antara Hong Kong dengan Singapura menjejas saham syarikat penerbangan nasional, SIA dan Cathay Pacific serta mendedahkan cabaran yang dihadapi oleh industri perjalanan global sedang ia berusaha untuk pulih dari pandemik COVID-19.

Keputusan mengenai penangguhan aturan perjalanan itu diumumkan pada Sabtu (21 Nov), sehari sebelum pelancarannya, setelah Hong Kong melaporkan lonjakan kes COVID-19. Pihak berkuasa dan pakar penerbangan berkata aturan itu sepatutnya menyediakan pelan induk bagi perjalanan bebas kuarantin sebelum vaksin tersedia secara meluas.

"Tidak dinafikan bahawa pelaksanaan aturan itu ada banyak cabarannya," kata pengurus besar sebuah hotel di Singapura Marcus Hanna, yang telah mengambil tempahan daripada pelancong Hong Kong dan mengharapkan aturan serupa bagi pasaran-pasaran utama seperti tanah besar China dan Australia awal tahun depan.

"Kami harapkan semuanya bertambah baik di Hong Kong ... banyak negara akan memantau bagaimana keadaannya," kata Encik Encik Hanna, pengurus besar Fairmont Singapore dan Swissotel The Stamford.

Saham Cathay Pacific merosot 6. 6 peratus pada awal sesi dagangan pada Isnin, kejatuhan terbesar dalam sehari sejak 10 Ogos, sebelum kembali diperdagangkan 5 peratus lebih rendah. Saham Singapore Airlines pula diniagakan 1 peratus lebih rendah di pasaran tempatan yang positif.

Kedua-dua syarikat penerbangan itu terjejas lebih teruk berbanding syarikat-syarikat penerbangan global lain semasa pandemik ini kerana kedua-duanya tidak mempunyai laluan domestik.

Aturan khas itu sepatutnya akan membawa peningkatan dari segi lalu lintas udara ke kedua-dua bandar. Namun menurut Andrew Lee, penganalisis dari Jefferies, yang meliputi Cathay Pacific, aturan perjalanan itu bagi Hong Kong akan dapat dijadikan contoh untuk diperluas ke 10 negara lain tahun depan.

Singapura dan Hong Kong juga menetapkan syarat-syarat ketat bagi aturan itu, termasuk penangguhan jika purata tujuh hari jumlah kes harian COVID-19 tanpa kaitan melebihi lima di salah satu tempat.

Aturan perjalanan yang diusulkan antara New Zealand dan Australia juga gagal dilaksanakan, sementara negara-negara Baltik Eropah iaitu Lithuania, Latvia dan Estonia membentuk aturan perjalanan jangka pendek pada Mei yang dibatalkan pada September.

"Adalah penting untuk tidak membiarkan keadaan ini mematahkan momentum untuk membuka semula Asia dengan selamat," kata Brendan Sobie, seorang penganalisis bebas penerbangan, mengenai penangguhan Singapura-Hong Kong.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan