Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemimpin G20 sokong perjanjian cukai korporat minimum sejagat, bermula 2023

Para pemimpin 20 ekonomi terbesar dunia (G20) akan menandatangani satu perjanjian Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berhubung cukai korporat minimum sejagat sebanyak 15 peratus. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin G20 sokong perjanjian cukai korporat minimum sejagat, bermula 2023

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2021 07:02PM Dikemas Kini : 30 Oct 2021 07:05PM

ROME: Para pemimpin 20 ekonomi terbesar dunia (G20) akan menandatangani satu perjanjian Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) berhubung cukai korporat minimum sejagat sebanyak 15 peratus.

Demikian menurut draf kesimpulan Sidang Puncak G20 yang berlangsung selama dua hari, dengan sasaran untuk menguatkuasakan peraturan tersebut pada 2023.

"Kami menyeru Rangka Kerja Inklusif OECD/G20 mengenai Hakisan Asas dan Peralihan Keuntungan untuk membangunkan dengan pantas model peraturan dan kaedah berbilang hala seperti yang dipersetujui dalam Rancangan Pelaksanaan Terperinci, dengan tujuan untuk memastikan peraturan baru itu akan berkuat kuasa di peringkat global pada 2023," menurut draf kesimpulan, yang dilihat oleh Reuters.

Kesimpulan itu akan diiktiraf secara rasmi pada Ahad.

Pada Oktober, 136 negara mencapai perjanjian tentang satu cukai minimum bagi syarikat-syarikat dunia - termasuk gergasi internet seperti Google, Amazon, Facebook, Microsoft atau Apple - menjadikannya lebih sukar untuk mereka mengelakkan cukai dengan menubuhkan pejabat di negara dengan tahap cukai yang rendah.

"Ini lebih dari sekadar satu perjanjian cukai. Ia adalah pembentukan semula peraturan ekonomi dunia," menurut seorang pegawai kanan Amerika Syarikat yang memberitahu para wartawan. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan