Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemerintah tinjau untuk tawarkan bon infrastruktur biayai projek besar

Pemerintah sedang meninjau kemungkinan membenarkan badan-badan berkanun serta syarikat-syarikat milik negara untuk memanfaatkan pasaran modal.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Feb 2018 08:57PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 10:14PM

SINGAPURA: Pemerintah sedang meninjau kemungkinan membenarkan badan-badan berkanun serta syarikat-syarikat milik negara untuk memanfaatkan pasaran modal.

Ini bagi membiayai projek-projek besar seperti Terminal 5 Lapangan Terbang Changi serta Khidmat Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura.

Menurut Menteri Kewangan Heng Swee Kiat semasa membentangkan Belanjawan negara kelmarin (19 Feb), langkah itu akan dapat mengagihkan kos dengan lebih adil antara generasi sekarang dengan yang akan datang.

Terminal 5 Lapangan Terbang Changi, kemudahan pengurusan sisa bersepadu yang baru serta Khidmat Kereta Api Laju KL-Singapura dijangka menelan belanja berbilion dolar.

Semasa membentangkan Belanjawan Isnin lalu (18 Feb), Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata bahawa pemerintah sedang meninjau untuk menawarkan bon infrastruktur bagi membantu membiayai beberapa projek tersebut.

Strategi itu katanya bagi memastikan Singapura tidak menyalur keluar rizab secara langsung dan akan mengagih-agihkan kos "pelaburan besar" bagi tempoh lebih panjang.

Sejak 2011, perbelanjaan infrastruktur awam negara naik seganda daripada $8.5 bilion kepada anggaran $20 bilion tahun ini dan ia dijangka akan terus meningkat.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, S Iswaran pula berkata bahawa strategi sedemikian akan membolehkan pembiayaan kos infrastruktur dikaitkan dengan manfaat ekonomi yang bakal diraih.

Walaupun perincian mengenai bon infrastruktur itu masih agar kabur, para penganalisis percaya ia berkemungkinan besar akan menerima respon pasaran yang positif.

Ini kerana Singapura di kalangan hanya 10 negara di dunia yang menerima penilaian 'triple A' oleh ketiga-tiga agensi penarafan terbesar dunia.  

Sumber : CNA/NT/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan