Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pembinaan stesen MRT Serangoon North, Tavistock bermula suku kedua 2022

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2022 04:17PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 10:53PM

SINGAPURA: Kerja-kerja binaan bagi stesen-stesen MRT Serangoon North dan Tavistock di Laluan Rentas Pulau (CRL) akan datang dijangka bermula pada suku kedua tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) hari ini (13 Jan).

Ini setelah LTA dianugerahi dua kontrak bernilai S$861 juta secara keseluruhan bagu reka bentuk dan pembinaan kedua-dua stesen tersebut.

STESEN MRT SERANGOON NORTH

Kontrak bagi reka bentuk dan pembinaan stesen Serangoon North serta terowong itu dianugerahkan kepada Hock Lian Seng Infrastructure pada nilai S$454 juta, menurut kenyataan media LTA.

Stesen itu terletak di bawah dua laluan sibuk Ang Mo Kio Avenue 3 dan jambatan kenderaan Yio Chu Kang Road.

Apabila stesen baru itu beroperasi kelak, penumpang yang melakukan perjalanan dari Stesen Serangoon North ke Kawasan Perindustrian Loyang boleh menjangkakan untuk sampai ke destinasti mereka dalam masa sekitar 25 minit, lebih singkat berbanding 75 minit yang diperlukan sekarang, menurut LTA.

serangoon north mrt crl1
Lakaran artis menunjukkan platform stesen Serangoon North. (Gambar: LTA)


Para penumpang yang membuat perjalanan dari Stesen Serangoon North ke Pasir Ris boleh menjimatkan 25 minit daripada masa perjalanan mereka, dengan tempoh perjalanan dikurangkan dari 40 minit sekarang kepada kira-kira 15 minit.

Hock Lian Seng Infrastructure sebelum ini membina Depot Kim Chuan dan stesen Marina Bay bagi Laluan Circle. Ia kini terlibat dalam pembinaan stesen Maxwell di Laluan Thomson-East Coast (TEL).

STESEN MRT TAVISTOCK NORTH

Kontrak bagi reka bentuk dan pembinaan stesen Tavistock dan terowong pula dianugerahkan kepada Sato Kogyo (S) pada nilai S$407 juta.

Syarikat tersebut sebelum ini membina stesen-stesen MRT Bencoolen dan Matar di Laluan Downtown serta stesen Upper Thomson di TEL, menurut LTA.

Stesen Tavistock terletak di jalan-jalan raya sibuk Ang Mo Kio Avenue 3 dan dikelilingi kawasan perumahan serta hartanah komersil.

tavistock mrt crl1
Lakaran artis menunjukkan Stesen Tavistock. (Gambar: LTA)


Apabila stesen itu beroperasi, penumpang yang membuat perjalanan dari Stesen Tavistock ke Aviation Park boleh menjangkakan untuk tiba di destinasi mereka dalam 30 minit, menyingkatkan waktu sebanyak 65 minit daripada masa perjalanan selama 95 minit yang diperlukan sekarang.

Tempoh perjalanan dari Stesen Tavistock ke Sin Ming juga akan disingkatkan kepada 10 minit, iaitu 20 minit lebih pendek berbanding masa perjalanan selama 30 minit sekarang.

KERJA BINAAN

LTA menyatakan lencongan lalu lintas akan dilaksanakan pada pelbagai peringkat untuk menyediakan ruang bekerja yang diperlukan bagi kerja-kerja binaan stesen Serangoon North.

Ini kerana stesen tersebut lebih lebar berbanding biasa dan akan terdapat tiga landasan kereta api berbanding dua, dengan landasan tambahan tersebut digunakan untuk mempermudahkan proses mengerahkan atau meletakkan kereta api.

Sambungan bawah tanah akan dibina melalui kerja pelombongan di bawah jambatan kenderaan Yio Chu Kang Road dan bukannya mengikut kaedah biasa untuk memotong/menggali dan menimbus. Kaedah pelombongan itu akan membolehkan kerja-kerja binaan laluan sambungan bawah tanah dijalankan tanpa menjejas jambatan kenderaan Yio Chu Kang Road.

"LTA dan kontraktor akan bekerjasama untuk memantau kerja-kerja itu bagi memastikan ia dijalankan secara selamat dengan kesan minimum kepada pihak berkepentingan berdekatan dan prasarana sedia ada," menurutnya dalam kenyataan itu.

serangoon north mrt map
Lokasi stesen MRT Serangoon North di CRL. (Gambar: LTA)


Kerja-kerja terowong akan diteruskan di sebelah barat, menghala ke arah stesen CRL Ang Mo Kio, serta di bahagian timur, menghala ke arah stesen seterusnya di Serangoon North, melalui stesen Tavistock.

FASA PERTAMA CRL

Khidmat penumpang bagi fasa pertama CRL, iaitu laluan MRT kelapan Singapura, dijangka bermula pada 2030.

Ia akan menyediakan khidmat kepada pembangunan sedia ada dan masa hadapan di koridor-koridor timur, timur laut dan barat, menghubungkan hab-hab utama seperti Daerah Tasik Jurong, Daerah Digital Punggol dan kawasan Changi.

CRL1 adalah laluan sepanjang 29 kilometer dan merangkumi 12 stesen dari Aviation Park ke Bright Hill. Ia akan menyediakan khidmat di kawasan perumahan dan perindustrian di Loyang, Tampines, Pasir Ris, Defu, Hougang, Serangoon North dan Ang Mo Kio serta memberi manfaat kepada lebih 100,000 keluarga.

Dengan adanya CRL1, ruang rekreasi yang diguna bersama, seperti Taman Pantai Changi dan Taman Bishan-Ang Mo Kio, akan lebih mudah diakses orang ramai melalui pengangkutan awam. Kajian mengenai butiran fasa seterusnya CRL sedang dijalankan, menurut LTA.

Hampir separuh daripada stesen di laluan CRL akan menjadi pusat pertukaran dengan laluan kereta api lain. Lantas, menjadikannya lebih mudah untuk penumpang melakukan perjalanan merentasi rangkaian kereta api, tambah LTA.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan