Pembiayaan Pakistan seterusnya dijangka disemak semula pada separuh kedua 2025: IMF
Logo Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) di ibu pejabatnya di Washington, D.C., Amerika Syarikat pada 24 November 2024. (Gambar Fail:REUTERS/Benoit Tessier)
- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan semakan semula pembiayaan seterusnya bagi Pakistan pada separuh kedua 2025.
- Tabung kewangan dunia itu menyatakan pihaknya akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Pakistan untuk mencapai persetujuan berhubung syarat-syarat belanjawan negara itu bagi tahun kewangan 2026.
- Keutamaan IMF kekal untuk menambat inflasi dalam lingkungan sasaran jangka sederhana bank pusat iaitu sebanyak 5–7 peratus.
- Pihak berkuasa Pakistan mengesahkan semula komitmennya terhadap mengukuhkan kewangan negara tersebut sambil menyasarkan laba tambahan sebanyak 1.6 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) pada Tahun Kewangan 2026.
Tabung kewangan dunia itu menyatakan pihaknya akan meneruskan perbincangan dengan pihak berkuasa Pakistan untuk mencapai persetujuan berhubung syarat-syarat belanjawan negara itu bagi tahun kewangan 2026, menurut satu kenyataan pada Jumaat (23 Mei).
Keutamaan IMF kekal untuk menambat inflasi dalam lingkungan sasaran jangka sederhana bank pusat iaitu iaitu sebanyak 5–7 peratus, menurut kenyataan itu, sambil menambah bahawa pihak berkuasa Pakistan mengesahkan semula komitmennya terhadap mengukuhkan kewangan negara tersebut sambil menyasarkan laba tambahan sebanyak 1.6 peratus daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) pada Tahun Kewangan 2026.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.