Pemberhentian pekerja dalam sektor teknologi: Bagaimana negara seluruh dunia tanganinya
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: CNA
NEW DELHI: Encik Yash Agarwal diberhentikan kerja daripada Twitter pada Disember tahun lalu, di samping hampir kesemua rakan sekerjanya dari India.
"Ada yang tertunggu-tunggu seandainya mereka akan dibuang kerja. Kebanyakan daripada mereka mesti ada EMI (pembayaran balik pinjaman bulanan) atau apa sahaja - seperti bil untuk dibayar... Jadi itu pasti menjadi sumber kebimbangan, terutama sekali memandangkan iklim makroekonomi yang kita hadapi sekarang," katanya.
Setelah beberapa gergasi teknologi seperti Amazon, Meta dan Microsoft memecat beribu-ribu pekerja di India, Encik Agarwal tidak berminat untuk bekerja dengan mana-mana syarikat besar teknologi setakat ini. Beliau sebaliknya berharap untuk memanfaatkan pengalamannya di Twitter untuk menubuhkan sebuah firma perunding dasar.
Pemberhentian kerja secara besar-besaran itu tidak saja mengubah hala tuju kerjaya Encik Agarwal, malah ia juga mengubah haluan kerjaya bagi para graduan muda daripada jurusan kejuruteraan.
Dari tahun ke tahun, syarikat-syarikat gergasi teknologi AS akan mengerumuni Institut Teknologi India di New Delhi untuk mengambil para pelajar yang baru saja menamatkan pengajian mereka di kolej untuk bekerja.
Namun sedang ia bergelut dengan pemintaan hambar setelah pandemik, syarikat-syarikat AS kini mengambil kurang pelajar untuk bekerja dengannya.
SYARIKAT PEMULA TEMPATAN ISI JURANG
Syarikat pemula tempatan India sebaliknya mengisi jurang tersebut, dengan memikat bakat terbaik bagi memegang jawatan teknologi tempatan yang canggih.
Pesaing syarikat Twitter yang berpangkalan di India, Koo, adalah antara syarikat yang berharap untuk memanfaatkan tenaga bakat besar yang tersedia.
Koo dijangka berkembang secara pesat sedang ia menyasarkan lebih 300 juta pengguna bahasa tempatan.Maka, mengambil bakat terbaik untuk bekerja dengan syarikatnya adalah penting bagi menjana pertumbuhan itu.
Syarikat tersebut malah menarik perhatian bahawa mereka yang pernah bertugas di Twitter adalah calon yang paling sesuai.
PEMBERHENTIAN KERJA DALAM KALANGAN SYARIKAT TEKNOLOGI DI EROPAH
India bukan saja satu-satunya negara yang terjejas ekoran langkah pemberhentian pekerja besar-besaran yang dilaksanakan gergasi dalam sektor tersebut.
Sekurang-kurangnya 42,000 orang telah kehilangan kerja mereka di Eropah sejak Mac tahun lalu. Sebilangan firma, bagaimanapun, masih tidak melaksanakan langkah pemberhentian kerja tersebut.
PERLU PEMBIAYAAN LEBIH BAIK
Satu insiden yang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan syarikat pemula teknologi, tidak kira di India mahupun Eropah, adalah keruntuhan Bank Silicon Valley (SVB), iaitu syarikat pemberi pinjaman terbesar dalam industri itu, baru-baru ini.
Seorang penganalisis berkata bahawa terdapat keperluan untuk membiayai syarikat pemula teknologi dengan lebih baik.
"Saya rasa ia cukup menakjubkan bahawa begitu banyak bidang ekonomi yang sangat penting mengadakan urusan perbankan dengan satu bank," kata Encik Alasdair Haynes, pengasas Aquis Exchange, syarikat pertukaran bursa yang berpangkalan di United Kingdom.
"Saya fikir ia menekankan kepentingan pasaran awam dan betapa mustahaknya untuk mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan ini dalam cara yang lebih berkesan."

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.