Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pemberhentian kerja dalam industri teknologi naik, dalam jumlah besar

Anggaran Waktu Membaca:
Pemberhentian kerja dalam industri teknologi naik, dalam jumlah besar

(Gambar: David Becker/Getty Images/AFP)

WASHINGTON: Dalam hanya beberapa bulan sahaja, hampir 50,000 pemberhentian pekerja dilaporkan dalam sektor teknologi.

Syarikat teknologi besar dan kecil giat menjalankan langkah merekrut pekerja secara besar-besaran beberapa tahun lalu di tengah-tengah permintaan tinggi bagi produk, perisian dan khidmat mereka apabila jutaan orang bekerja dari rumah.

Meskipun demikian, di sebalik pemberhentian kerja yang diumumkan, kebanyakan syarikat teknologi masih berada dalam saiz yang besar berbanding tiga tahun lalu.

Berikut adalah beberapa syarikat berprofil tinggi yang sudahpun mengumumkan langkah memberhentikan pekerja setakat ini:

Ogos 2022

Snap: Syarikat induk platform sosial media Snapchat memberhentikan 20 peratus kakitangannya. Jumlah pekerja Snap bertambah melebihi 5,600 orang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, syarikat tersebut menarik perhatian ketika itu bahawa jumlah kakitangannya masih tinggi berbanding tahun sebelumnya, meskipun selepas membuang lebih 1,000 pekerjanya.

Robinhood: Syarikat yang mengeluarkan aplikasi untuk membantu memperkenalkan generasi pelabur yang baru kepada pasaran, mengumumkan sebanyak 23 peratus atau kira-kira 780 pekerjanya akan diberhentikan. Sebelum itu, tenaga kerjanya dikurangkan sebanyak 9 peratus tahun lalu.

November 2022

Twitter: Hampir separuh daripada 7,500 kakitangan platform sosial media tersebut, diberhentikan selepas ia diambil alih oleh hartawan CEO Tesla, Elon Musk.

Lyft: Perkhidmatan kereta sewa privet (e-hailing) itu mengurangkan hampir 700 pekerjanya, dengan sebanyak 13 peratus.

Meta: Syarikat induk Facebook memberhentikan 11,000 pekerja, iaitu sekitar 13 peratus daripada tenaga kerjanya.

Januari 2023

Amazon: Syarikat e-dagang itu menyatakan 18,000 peranan dalam syarikat itu akan dipotong, iaitu membentuk sebahagian kecil daripada tenaga kerja globalnya yang terdiri daripada 1.5 juta pekerja.

Microsoft: Syarikat perisian itu mendedahkan bahawa kira-kira 10,000 pekerja akan diberhentikan iaitu hampir 5 peratus daripada tenaga kerjanya.
 
Google: Syarikat gergasi enjin carian menjadi syarikat terbaru dalam industri tersebut untuk mengumumkan bahawa 12,000 pekerjanya akan diberhentikan, atau sekitar 6 peratus tenaga kerjanya.
Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan