Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pembangunan ekonomi Asia masih berdepan pelbagai cabaran, kata Menteri Perdagangan China

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangunan ekonomi Asia masih berdepan pelbagai cabaran, kata Menteri Perdagangan China

Menteri Perdagangan China Wang Wentao. (Gambar: Getty Images)

BEIJING: Pembangunan ekonomi dan perdagangan di Asia Pasifik masih berdepan pelbagai cabaran dan gangguan, kata Menteri Perdagangan China Wang Wentao.  

Encik Wang berkata demikian di sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Detroit, di mana beliau bertemu dengan beberapa pemimpin dan saling bertukar pandangan mengenai isu ekonomi dan perdagangan pelbagai hala di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu. 

Menurutnya, beliau sedia maklum mengenai kesukaran yang dihadapi rantau itu, tetapi menambah bahawa China, sebagai sebuah negara membangun utama, bersedia untuk membuat sumbangan sewajarnya.

"Rantau Asia Pasifik adalah rantau yang mempunyai potensi pembangunan serta daya tahan ekonomi tertinggi dalam ekonomi sejagat. Tetapi pembangunan ekonomi dan perdagangan di rantau itu masih berdepan pelbagai gangguan dan cabaran," kata Encik Wang, menurut kenyataan Kementerian Perdagangan China. 

Encik Wang turut membincangkan kedudukan China dalam menyokong sistem perdagangan berbilang hala dan menggalakkan pembangunan perdagangan yang mampan lagi inklusif, lapor Reuters. 

"China menyeru ekonomi-ekonomi APEC agar terus menegakkan sistem dagangan serantau yang terbuka, menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau, mengukuhkan lagi kerjasama perdagangan dan pelaburan serta mengongsi peluang hasil pembangunan bersepadu dalam rantaian industri dan bekalan serantau," tekan Encik Wang. 

Pemimpin dunia berusaha mencari kaedah untuk mengukuhkan rantaian bekalan global yang masih lemah pasca COVID-19. 

Ekonomi China juga berdepan kesukaran untuk kembali stabil susuli dasar ketat COVID-19  selama tiga tahun yang menjejas pertumbuhan. 

Sumber : Reuters/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan