Pelanggan runcit tidak boleh guna kad kredit tempatan untuk beli mata wang kripto: MAS
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: AFP)
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengetatkan peraturan terhadap pelanggan runcit yang melabur dalam token pembayaran digital atau DPT seperti mata wang kripto.
Langkah-langkah ini turut diperluaskan kepada pelabur asing dan berkuat kuasa secara berperingkat mulai pertengahan 2024.
Antara lain, syarikat kripto mesti memeriksa terlebih dahulu pengetahuan pelanggan mereka dan profil risiko sebelum menawarkan sebarang perkhidmatan.
Mereka juga tidak dibenarkan menawarkan sebarang insentif untuk menarik pelanggan, seperti ganjaran jika membuat pendaftaran atau rujukan.
Kad kredit tempatan juga tidak akan dibenarkan untuk pelaburan kripto.
Menurut MAS ini kerana ia tidak mahu menggalakkan akses mudah kepada pembiayaan hutang sedemikian.
"Bagi kebanyakan milenial dan Gen Z, penggunaan kad kredit adalah satu perkara biasa. Dan selalunya apabila ia melibatkan pelaburan dalam kripto, mereka sering mahu menggunakan kad kredit sebagai cara yang mudah. Dan ada juga ciri perlindungan pada kad kredit, yang mereka langgani, " kata Ketua Kawal Selia Kewangan Gibson Dunn & Crutcher, Grace Chong.
"Jadi saya rasa ini adalah masanya di mana pada peringkat sekarang, saya rasa pihak pengawal selia lebih berhati-hati dan ini adalah fasa pertama langkah perlindungan bagi pengguna."
Hanya pelabur yang mempunyai aset peribadi bersih bernilai sekurang-kurangnya S$2 juta dikecualikan daripada peraturan tersebut.
Untuk menentukan siapa yang layak, aset kripto boleh digunakan tetapi hanya pada 50 peratus nilainya, atau sehingga S$200,000, yang mana lebih rendah.
Penyedia DPT juga mesti mematuhi peraturan tata laku perniagaan, seperti menangani aduan pelanggan dengan cara yang adil dan tepat pada masanya, dan mendedahkan sebarang kemungkinan jika ada konflik kepentingan.
"Pihak industri merasakan beberapa langkah ini mungkin agak terlalu ketat. Contohnya, larangan terhadap pengiklanan. Dan sudah tentu, langkah-langkah baharu ini yang diperkenalkan MAS, saya rasa, apa yang penting ialah perlu ada dialog berterusan antara pihak industri dan pengawal selia untuk mencapai keseimbangan yang betul dari segi, melindungi kepentingan pengguna, tetapi pada masa yang sama, tidak menyekat inovasi dalam industri," kata CEO syarikat runding cara Ethikom Consultancy, Mohammad Nizam Ismail.

Sumber : CNA/SU/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.