Pelaburan minyak global dijangka susut 6% pada 2025: IEA
Pelaburan minyak global dijangka menyusut sebanyak enam peratus kepada sekitar AS$420 bilion (S$540.16 bilion) pada 2025 berikutan kejatuhan harga minyak dan iklim pelaburan yang tidak menentu, menurut laporan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada Selasa (17 Jun).
Sebuah pam minyak di tapak Vermilion Energy di Trigueres, Perancis, pada 14 Jun 2024. (Gambar fail: REUTERS/Benoit Tessier)
“Kejatuhan mendadak harga minyak pada awal 2025 dan iklim pelaburan yang tidak menentu telah mendorong eksekutif minyak di seluruh dunia menilai semula keutamaan sektor huluan mereka… pelaburan sektor huluan minyak dijangka merosot enam peratus kepada sekitar AS$420 bilion (S$540.16 bilion) pada 2025, dengan penyusutan terbesar dilihat dalam kategori ‘light tight oil’ di Amerika Syarikat,” menurut laporan tersebut.
IEA turut menjangkakan kapasiti pengeluaran minyak global akan meningkat sebanyak 5.1 juta tong sehari.
“Kapasiti pengeluaran minyak dunia dijangka meningkat sebanyak 5.1 juta tong sehari kepada 114.7 juta tong sehari menjelang 2030, diterajui Arab Saudi dan Amerika Syarikat – jauh melebihi jangkaan peningkatan permintaan minyak global sebanyak 2.5 juta tong sehari,” menurut laporan itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.