Pelabuhan S'pura bantu kendurkan krisis rantaian bekalan global, kata Chee Hong Tat
Pelabuhan Singapura bersedia membantu meredakan krisis rantaian bekalan global, namun ini dijangka menyebabkan tunggakan kontena-kontena kapal dan masa menunggu lebih lama bagi kapal-kapal yang berlabuh di sini, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat pada Rabu (20 Okt).

Pelabuhan di Singapura. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Pelabuhan Singapura bersedia membantu meredakan krisis rantaian bekalan global, namun ini dijangka menyebabkan tunggakan kontena-kontena kapal dan masa menunggu lebih lama bagi kapal-kapal yang berlabuh di sini, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat pada Rabu (20 Okt).
Rantaian bekalan global semakin tertekan di tengah-tengah pandemik COVID-19, yang mengurangkan tenaga manusia, menyebabkan kelengahan kapal-kapal dan kesesakan di pelabuhan-pelabuhan utama di seluruh dunia.
Singapura, sebagai nadi utama dalam rantaian bekalan global, juga tidak terlepas daripada gangguan tersebut, dengan kapal-kapal tiba lewat daripada jadual yang ditetapkan, kata Encik Chee kepada para wartawan menerusi satu sidang maya.
Keandalan jadual kapal global merosot dari purata 75 peratus sepanjang beberapa tahun lalu kepada 35 hingga 40 peratus pada 2021. Secara purata, kapal-kapal tiba lewat 7.5 hari, kata Encik Chee.
Namun, Encik Chee berkata reputasi Singapura sebagai pelabuhan "persinggahan" bermakna negara ini mahu membantu mengurangkan kelengahan itu, dengan meningkatkan keupayaan dan sumber pelabuhan serta membantu syarikat-syarikat perkapalan mengubah laluan kargo dan merancang logistik mereka dengan lebih baik.
Sungguhpun demikian, Encik Chee berkata khidmat sedemikian mempunyai kesan pada pelabuhan Singapura, dari segi tempoh menunggu lebih lama untuk kapal-kapal dan tunggakan kontena di limbungan kapal.
"Ini bermakna kontena-kontena itu berada di pelabuhan kita lebih lama berbanding sebelumnya... dan juga, kontena-kontena yang ditinggalkan untuk tempoh yang lama di sini akan menambah tekanan pada operasi kita," katanya.
"Dan apabila lebih banyak kapal tiba di Singapura untuk memanfaatkan khidmat yang digambarkan itu, khidmat sehenti dan khidmat persinggahan, turut menyumbang kepada tempoh menunggu."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.