Pegawai muda OCBC, UOB akan diberi bonus sekali sahaja bantu perbelanjaan kos sara hidup
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: CNA/Calvin Oh, Caroline Chia)
SINGAPURA: Buat dua tahun berturut-turut, bank OCBC dan UOB akan memberikan bayaran sekali sahaja kepada pekerja muda masing-masing untuk membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, kata kedua-dua bank itu pada Isnin (23 Dis).
OCBC mengumumkan dalam satu kenyataan media ia akan membuat pembayaran pada 2025, dengan jumlahnya dianggarkan sebanyak S$7.5 juta kepada hampir 11,000 pekerja di seluruh OCBC dan anak syarikatnya, termasuk Bank of Singapore dan OCBC Securities .
Khususnya di Singapura, kira-kira 4,000 pekerja muda akan menerima S$1,000 setiap seorang, termasuk pekerja baharu dan pekerja anggota kesatuan. Ia mewakili hampir 40 peratus daripada jumlah pekerja yang berpangkalan di Singapura.
OCBC berkata bagi pekerjanya di luar Singapura, sokongan sekali sahaja mengambil kira keadaan pasaran tempatan masing-masing. Pekerja yang layak dijangka menerima pembayaran dari Februari hingga April 2025.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, UOB berkata pada Isnin bahawa ia akan memberikan pekerja mudanya bonus tambahan sebanyak sebulan untuk membantu mereka menampung perbelanjaan harian mereka.
"Bonus tambahan sehingga S$8 juta ini ialah untuk kira-kira 6,000 pekerja yang layak di seluruh kumpulan syarikat dan akan dibayar menjelang April 2025," kata ketua sumber manusia kumpulan UOB Dean Tong.
"Kami sedar bahawa walaupun kadar inflasi telah menjadi sederhana, kos sara hidup kekal tinggi," katanya.
Apabila ditanya sama ada DBS akan memberikan bonus sekali sahaja kepada pekerjanya, ia berkata: "DBS komited untuk memastikan pekerja kami disokong dengan baik melalui cadangan nilai pekerja holistik kami.
"Kami juga sentiasa menyemak pampasan pekerja kami untuk memastikan ia berdaya saing dengan pasaran."

Awal tahun ini, OCBC memberikan bayaran sekali sahaja S$1,000 kepada pekerja mudanya di Singapura, berikutan saranan 2023 oleh Majlis Gaji Nasional (NWC).
DBS dan UOB juga memberikan bayaran yang sama untuk kakitangannya tahun ini.
Walaupun NWC tidak meminta bayaran sekali sahaja diberikan tahun ini, ia menyatakan dalam garis panduannya bahawa majikan yang mencatat prestasi baik harus memberi ganjaran kepada kakitangan dengan kenaikan gaji dan bayaran berubah-ubah.

Sumber : CNA/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.