Skip to main content

Kewangan

PayPal sedia labur S$4 bilion setahun bagi penggabungan dan pemerolehan: CEO

"Kami mempunyai kunci kira-kira yang baik dan kami bersedia untuk membeli lebih banyak syarikat," Presiden dan CEO Dan Schulman memberitahu akhbar perniagaan harian Handelsblatt di Jerman dalam satu wawancara.

Anggaran Waktu Membaca:
PayPal sedia labur S$4 bilion setahun bagi penggabungan dan pemerolehan: CEO

Presiden dan CEO Dan Schulman. (Gambar fail: REUTERS/Benoit Tessier)

Diterbitkan : 09 Jul 2018 11:50AM Dikemas Kini : 09 Jul 2018 11:55AM

FRANKFURT: PayPal Holdings Inc sedang meninjau pengambilalihan lanjut berikutan pemerolehan iZettle, syarikat baru fintech Sweden untuk AS$2.2 bilion (S$3 bilion), dalam perjanjian paling besar syarikat pembayaran online Amerika Syarikat itu.

"Kami mempunyai kunci kira-kira yang baik dan kami bersedia untuk membeli lebih banyak syarikat," Presiden dan CEO Dan Schulman memberitahu akhbar perniagaan harian Handelsblatt di Jerman dalam satu wawancara.

PayPal bersedia untuk melabur hingga US$3 bilion (S$4 bilion) setahun bagi proses pengambilalihan yang membolehkannya memperoleh keupayaan khusus, kata Schulman.

"Saya tidak akan menolak kemungkinan satu tawaran lebih besar jika ada yang sesuai untuk kami," menurut Schulman dalam akhbar bahasa Jerman itu lagi.

Sejak berpisah daripada gedung beli-belah online eBay pada tahun 2015, PayPal sudah beralih daripada memproses urusniaga online syarikat induknya kepada menawarkan khidmat pembayaran digital.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita