Pasaran saham Asia mula berhati-hati jelang laporan pendapatan; harga minyak susut
Pasaran saham Asia memulakan dagangan secara berhati-hati pada Isnin (12 Okt), ketika pelabur menantikan musim pengumuman pendapatan syarikat yang bakal menguji penilaian tinggi saham-saham teknologi.
Seorang lelaki berjalan melepasi papan paparan harga saham Nikkei di luar sebuah firma broker di Tokyo, Jepun, pada 16 Jun 2026. (Gambar fail: REUTERS/Manami Yamada)
- Asian markets started Monday's trading cautiously as investors awaited the US earnings season, with South Korean stocks falling and the regional index almost flat.
- Brent oil and US crude prices fell after fluctuations, influenced by attacks in the Gulf region as well as Donald Trump's unconfirmed Russia-Ukraine energy proposal.
- Technology company earnings are in focus because S&P 500 growth depends heavily on that sector, while My Bui highlighted concerns over borrowing costs and AI investment.
- Markets are awaiting US inflation data this week, with Bruce Kasman warning of price pressures, while the dollar remained strong and EMAS rose.
- Pasaran Asia memulakan dagangan Isnin secara berhati-hati apabila pelabur menunggu musim pendapatan Amerika Syarikat, dengan saham Korea Selatan jatuh dan indeks serantau hampir mendatar.
- Harga minyak Brent dan minyak mentah Amerika Syarikat susut selepas turun naik, dipengaruhi serangan di rantau Teluk serta cadangan tenaga Rusia-Ukraine oleh Donald Trump yang belum disahkan.
- Pendapatan syarikat teknologi menjadi tumpuan kerana pertumbuhan S&P 500 banyak bergantung pada sektor itu, sementara My Bui menyorot kebimbangan kos pinjaman dan pelaburan AI.
- Pasaran menanti data inflasi Amerika Syarikat minggu ini, dengan Bruce Kasman memberi amaran tentang tekanan harga, sementara dolar kekal kuat dan emas meningkat.
Harga minyak pula turun naik sebelum merosot, di tengah-tengah serangan terhadap kapal dan lapangan terbang di rantau Teluk.
Ketidaktentuan pasaran turut dipengaruhi pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai cadangan gencatan senjata dalam sektor tenaga antara Rusia dengan Ukraine, yang masih belum disahkan kedua-dua negara.
Cadangan Encik Trump supaya Rusia meningkatkan eksport diesel turut menerima bantahan daripada anggota Parti Republican dan Parti Democrat di Amerika Syarikat, yang mempersoalkan kesahihannya dari segi undang-undang.
HARGA MINYAK SUSUT, SAHAM ASIA BERCAMPUR-CAMPUR
Niaga hadapan minyak mentah Brent pada awalnya meningkat sebelum susut 1.1 peratus kepada AS$103.50 (S$132.53) setong, berbanding paras tertinggi baru-baru ini sebanyak AS$109.97 (S$140.81).
Niaga hadapan minyak mentah Amerika Syarikat pula merosot 1.2 peratus kepada AS$90.73 (S$116.18)setong.
Di Asia, saham Korea Selatan jatuh 1.1 peratus, manakala indeks MSCI bagi saham Asia Pasifik di luar Jepun hampir tidak berubah.
Sementara itu, niaga hadapan indeks S&P 500 meningkat 0.2 peratus dan Nasdaq naik 0.5 peratus.
Di Eropah, niaga hadapan EURO STOXX 50 dan DAX masing-masing meningkat 0.4 peratus, manakala FTSE naik 0.3 peratus.
Jumlah dagangan dijangka rendah kerana pasaran Jepun ditutup sempena cuti umum, manakala Amerika Syarikat menyambut cuti separa.
PENDAPATAN SYARIKAT TEKNOLOGI JADI TUMPUAN
Musim pengumuman pendapatan syarikat Amerika Syarikat dijadual bermula pada Selasa (13 Okt), diterajui bank-bank utama negara itu.
Menurut data LSEG IBES, pendapatan syarikat dalam indeks S&P 500 dijangka melonjak lebih 30 peratus pada suku ketiga, dengan sebahagian besar pertumbuhan disumbangkan sektor teknologi.
Pakar ekonomi AMP, My Bui, berkata semua kenaikan indeks S&P 500 sejak pertengahan September didorong saham teknologi.
Namun, pelabur kini menuntut pulangan lebih tinggi bagi membiayai pinjaman besar yang digunakan untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI).
Kos perlindungan terhadap risiko kegagalan pembayaran hutang korporat Amerika Syarikat juga meningkat dengan ketara, mencapai paras tertinggi sejak perang Iran bermula.
Menurut Cik Bui, keadaan itu menunjukkan pelabur semakin mempersoalkan sama ada hasil daripada pelaburan AI mampu berkembang seiring dengan kenaikan kos pinjaman.
Penerbitan bon korporat untuk membiayai perbelanjaan modal AI juga dijangka meningkatkan kos pembiayaan semula apabila hutang sedia ada mencapai tempoh matang dalam beberapa tahun akan datang.
INFLASI AMERIKA SYARIKAT DIJANGKA MENINGKAT
Pasaran kini menantikan data harga pengguna, harga pengeluar dan jualan runcit Amerika Syarikat yang dijadual diumumkan minggu ini.
Kenaikan kos tenaga dijangka mendorong Indeks Harga Pengguna (CPI) meningkat 0.6 peratus, menjadikan kadar inflasi tahunan sekitar 3.7 peratus.
Bagaimanapun, inflasi teras, yang tidak mengambil kira harga makanan dan tenaga, dijangka meningkat lebih perlahan pada kadar 0.2 peratus bagi bulan berkenaan dan 2.5 peratus berbanding setahun lalu.
Ketua Ekonomi Global JPMorgan, Bruce Kasman, berkata harga minyak kekal lebih tinggi daripada jangkaan, dengan kos penghantaran yang melonjak turut mendorong kenaikan harga produk tenaga.
Beliau memberi amaran bahawa peningkatan inflasi keseluruhan boleh menjejas kuasa beli pengguna, manakala tekanan inflasi teras mungkin mendorong bank-bank pusat mempertimbangkan kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat.
Pasaran kini menganggarkan hanya 18 peratus kemungkinan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menaikkan kadar faedah bulan ini, namun kemungkinan itu meningkat kepada 85 peratus bagi Disember.
Pelabur turut menjangkakan kenaikan kadar faedah di Kesatuan Eropah, Jepun dan Britain sebelum akhir tahun.
DOLAR KEKAL KUKUH, HARGA EMAS MENINGKAT
Dalam pasaran mata wang, euro kekal lemah pada AS$1.1201 (S$1.43) selepas mencatatkan penurunan selama lima minggu berturut-turut, di tengah-tengah kebimbangan mengenai defisit pemerintah di Eropah.
Indeks dolar Amerika Syarikat pula kekal berhampiran paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, pada 102.25 mata.
Berbanding yen Jepun, dolar diniagakan sekitar 158.15 yen (S$1.28), dengan kemungkinan campur tangan pihak berkuasa Jepun mengehadkan kenaikannya.
Sementara itu, harga emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$4,206 (S$5,385.78) seauns, selepas pulih lebih 1 peratus minggu lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.