Skip to main content

Kewangan

Pasaran buruh SG berkembang perlahan pada Q1 2025 dek ketidaktentuan ekonomi

Permintaan pasaran buruh Singapura meningkat secara perlahan pada suku pertama 2025, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan konflik perdagangan global yang semakin meningkat, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (28 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasaran buruh SG berkembang perlahan pada Q1 2025 dek ketidaktentuan ekonomi

Para pekerja pejabat di kawasan pusat bandar (CBD) di Singapura. (Gambar: REUTERS/Edgar Su)

Diterbitkan : 28 Apr 2025 03:09PM
  • Permintaan pasaran buruh Singapura meningkat secara perlahan pada suku pertama 2025, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan konflik perdagangan global yang semakin meningkat, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (28 Apr).
  • Penyederhanaan dalam permintaan buruh paling ketara dalam sektor yang berorientasi luar seperti khidmat profesional, yang mencatatkan kemerosotan dalam jumlah pekerjaan bagi penduduk tempatan, menurut MOM.
  • Keseluruhan jumlah pekerjaan, tidak termasuk pekerja hijrahan, meningkat sebanyak 2,300 pada suku pertama 2025.
  • Jumlah pemberhentian pekerja merosot kepada 3,300 pada suku pertama 2025, berbanding 3,680 pada suku keempat tahun lalu.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Permintaan pasaran buruh Singapura meningkat secara perlahan pada suku pertama 2025, di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan konflik perdagangan global yang semakin meningkat, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (28 Apr).

Walaupun pasaran buruh terus berkembang, pertumbuhan pekerjaan meningkat lebih perlahan pada suku pertama berbanding suku sebelumnya dan kadar pengangguran meningkat sedikit, menurut MOM dalam laporan tenaga buruh suku tahunannya yang diterbitkan lebih awal.

Penyederhanaan dalam permintaan buruh paling ketara dalam sektor yang berorientasi luar seperti khidmat profesional, yang mencatatkan kemerosotan dalam jumlah pekerjaan bagi penduduk tempatan, menurut MOM.

Namun, jumlah pemberhentian kerja merosot pada suku pertama berbanding suku sebelumnya, menurut MOM.

Pada awal bulan ini, Singapura menurunkan unjuran pertumbuhan GDP bagi 2025 dari 0 peratus kepada 2 peratus, menyusuli kelembapan perdagangan global dan ketidaktentuan ekonomi yang meningkat menyusuli tarif Presiden Amerika Donald Trump.

PERTUMBUHAN PEKERJAAN

Keseluruhan jumlah pekerjaan, tidak termasuk pekerja hijrahan, meningkat sebanyak 2,300 pada suku pertama 2025. Jumlah itu lebih rendah daripada pertumbuhan sebanyak 3,200 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu, dan ia juga lebih rendah daripada pertumbuhan musiman sebanyak 7,700 yang dilihat dalam suku terakhir 2024.

"Ini mencerminkan kenaikan kecil dalam pekerjaan warga tempatan dan bukan warga tempatan, berbanding dengan Q4 200," menurut MOM.

KEMEROSOTAN DALAM PEMBERHENTIAN KERJA

Jumlah pemberhentian pekerja merosot kepada 3,300 pada suku pertama 2025, berbanding 3,680 pada suku keempat tahun lalu.

Kadar insiden pemberhentian pekerja kekal rendah pada 1.3 bagi setiap 1000 pekerja, merosot sedikit daripada 1.5 pada suku sebelumnya.

"Jumlah pemberhentian pekerja kekal stabil atau lebih rendah dalam beberapa sektor, dengan penyusunan semula atau penstrukturan semula perusahaan kekal sebagai sebab utama berlaku pemberhentian pekerja pada suku pertama 2025," kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM).

"Kemelesetan atau kelembapan industri hanya membentuk sebahagian kecil daripada pemberhentian pekerja."

Sentimen perniagaan juga menjadi semakin berhati-hati.

"Pada Disember 2024, lebih ramai majikan membuat rancangan untuk mengambil pekerja dan menaikkan gaji mereka berbanding September 2024," kata MOM.

"Namun, pada Mac 2025, tidak ramai majikan menjangkakan untuk menggajikan pekerja atau menaikkan gaji mereka dalam tempoh tiga bulan akan datang."

"Walaupun pasaran buruh terus berkembang, MOM menjangkakan pasaran buruh akan mula melemah dalam tempoh mendatang berikutan ketidakpastian yang semakin meningkat dalam prospek pertumbuhan luaran."
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita