Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pasangan Jai dan Rozza dijangka buka Karva Travel & Tours pada Sep ini

Mereka akan mulakan dengan pakej umrah bermula Sep dan Okt ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan Jai dan Rozza dijangka buka Karva Travel & Tours pada Sep ini

Rozza Ramli dan Jai Wahab. (Gambar: Kelvin Chia/CNA)

BERITAmediacorp: Terharu atas kenangan-kenangan manis nan indah yang dicipta di tanah suci Makkah semasa menjalani ibadah umrah lalu, khususnya pada 10 hari terakhir Ramadan tahun ini, pasangan usahawan tempatan ini terpanggil untuk berkongsi pengalaman mereka serta memberi peluang kepada orang ramai menunaikan ibadah tersebut.

Malah Jai Wahab dan Rozza Ramli berhasrat untuk bukan sahaja memberi tumpuan kepada golongan lebih lanjut usia, bahkan mahu menggalak golongan lebih muda untuk melakukan ibadah umrah dan mencipta kenangan indah mereka sendiri juga.

Jai berkongsi dengan BERITAmediacorp: "Makkah dan Madinah merupakan bandar yang memberi impak besar dan menambat hati kami berdua.

"Menerusi interaksi kami bersama pelanggan Karva dari generasi lama dan terutama sekali yang baru, kami mahu memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menyertai kami dalam ibadah ini.

"Kami rasa kami mahu memecah stereotaip bahawa umrah hanya untuk generasi lebih tua yang bersedia untuk berubah menjadi lebih baik. Kami mahu memberi inspirasi supaya lebih banyak lawatan ke tanah suci dapat dilakukan sebanyak mungkin."

Lantaran itu, terlahirlah Karva Travel & Tours yang dijangka dibuka rasmi pada bulan September ini.

Malah, perjalanan pertama Karva Travel & Tours adalah ibadah umrah dari 21 September hingga 1 Oktober.
(Gambar: Kelvin Chia/CNA)
"Setelah Karva Salon for Ladies wujud dan beroperasi di Singapura dan Malaysia selama lebih tujuh tahun, Karva International terpanggil untuk membuka wadah yang boleh menambah nilai dan memanfaatkan pelanggan setia kami menerusi Karva Travel & Tours, di mana model utamanya untuk memberi ketenangan dalam perjalanan ke destinasi, penginapan yang premium dan menerusi harga yang berpatutan dan bermutu tinggi," tambah bapa empat anak itu.

HASRAT TAWAR HARGA 'MESRA PELANGGAN'

Yang jelas, syarikat Karva Travel & Tours bermatlamat memberi harga "mesra pelanggan, memandangkan pelanggan telah banyak menyokong jenama" Karva.
(Ihsan: Karva Travel and Tours)
Selain dapat menawarkan pakej yang boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan pelanggan individu atau berkumpulan, ia ibarat satu kewajipan bagi mereka supaya memberi yang terbaik untuk para pelanggan, khususnya ke arah destinasi yang berunsur keIslaman.

Perniagaan pelancongan ke Arab Saudi juga dijalankan dengan kerjasama Encik Fahrudeen F.M. serta Cik Norjihan Mustaffa dan Encik Khaled S Alkhozaei (pejabat Saudi) dari Anwaar Al-Himam Umrah & Holidays.

Syarikat Anwaar Al-Himam Umrah & Holidays ditubuhkan sejak 2008 dan juga agensi pertama yang menawarkan visa umrah di Singapura.

TURUT TAWAR PAKEJ KE SEKELILING ASIA

Bukan sahaja ke Arab Saudi, Karva Travel & Tours, menurut Jai, bakal menawarkan pakej-pakej pelancongan di sekeliling Asia.

Ini termasuk Korea Selatan, Ho Chi Minh, Hanoi, Langkawi, Boracay, Lombok, Medan, Bandung dan Bali.
(Ihsan: Karva Travel and Tours)
"Ia menjadi misi kami untuk menjadikan ibadah umrah dan haji mudah, selamat dan selesa bagi setiap umat Islam.

"Kami di sini untuk berkongsi tempat-tempat dengan pengalaman terbaik," kongsi Jai.

LABUR S$300,000 KE DALAM SYARIKAT KARVA TRAVEL

Menurut Jai yang juga memiliki lebih lima jenama lain, termasuk Tara, Marquise, Eri Su Salon dan Guz Pizzeria, mereka turut melabur sekitar $300,000 bagi menjalankan perniagaan Karva Travel & Tours.

Ini termasuk kos pendahuluan, 'concierge' perjalanan dan resepsi, pejabat, kos ubah elok, lesen, peralatan, kos daya pekerja.

Pejabat Karva Tours & Travel yang bertempat di Golden Landmark juga dijangka dirasmikan tetamu khas dari Malaysia, Indonesia dan wakil dari cawangan Saudi mereka.

Cawangan Saudi Karva Travel & Tours bersama Anwaar Al-Himam pula terletak di Daerah Al-Shawkiyam Bangunan Persatuan Shifa di Makkah.
(Gambar: Kelvin Chia/CNA)
Yang pasti, pasangan usahawan ini berhasrat memberi peluang kepada pelanggan daripada pelbagai jenama mereka saling meraih manfaat daripada syarikat baru ini.

"Pelanggan akan dapat memanfaatkan harga yang istimewa, memandangkan jenama-jenama kami adalah di bawah satu naungan.

"Jadi tentu sekali akan ada kelebihan menjadi pelanggan tetap dan setia, di mana mereka dapat menikmati pengalaman rentas jenama," kongsi Jai.
Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa