Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Pakar sektor privet naikkan unjuran inflasi; risiko ancam pertumbuhan ekonomi S'pura

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pakar ekonomi sektor swasta menaikkan unjuran inflasi mereka untuk Singapura bagi tahun 2022 di tengah-tengah kos tenaga dan makanan yang lebih tinggi. 

Ini membayangkan kenaikan harga lebih tinggi dari yang diunjurkan  sebagai risiko utama terhadap pertumbuhan ekonomi. Demikian menurut tinjauan suku tahunan yang dikeluarkan pada Rabu (8 Jun).

24 ahli ekonomi dan pengamat yang ditinjau oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) meramalkan inflasi utama Singapura akan mencatatkan 5 peratus tahun ini, naik dengan mendadak dari anggaran 3.6 peratus dalam tinjauan sebelumnya. 

Inflasi teras, yang tidak termasuk penginapan dan pengangkutan privet, disaksikan akan meningkat sehingga 3.4 peratus tahun ini. Ia juga lebih tinggi berbanding ramalan 2.7 peratus sebelum ini.

Kedua-dua anggaran kini berada di bahagian teratas ramalan rasmi MAS. Bank pusat itu menjangkakan inflasi utama untuk 2022 menjadi purata pada 4.5 hingga 5.5 peratus manakala inflasi teras berada di antara 2.5 dan 3.5 peratus.

PERTUMBUHAN EKONOMI LEBIH LEMBAP

Pemerhati ekonomi menyatakan bahawa kenaikkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan, didorong terutama sekali oleh harga tenaga dan makanan yang lebih tinggi, akan menjadi risiko utama terhadap prospek pertumbuhan Singapura.

Pakar ekonomi sudah menurunkan ramalan mereka untuk Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) Singapura buat seluruh tahun kepada 3.8 peratus tahun ini berbanding unjuran pertumbuhan sebanyak 4 peratus sebelum ini. 

Ramalan pertumbuhan untuk sektor binaan diturunkan kepada 5.9 peratus daripada 9 peratus sebelum ini. 

Anggaran bagi sektor penginapan dan perkhidmatan makanan pula dikurangkan kepada 7.1 peratus dari 9.1 peratus. 

Sementara itu, perdagangan borong dan runcit dilihat tumbuh pada 3 peratus berbanding 3.7 peratus. 

Ramalan pertumbuhan bagi sektor kewangan dan insurans diturunkan kepada 3.8 peratus dari 4.1 peratus. Begitu juga buat eksport domestik bukan minyak (NODX), ia dijangka naik 6.3 peratus tahun ini berbanding anggaran terakhir sebanyak 7.8 peratus.

Meskipun begitu, sektor perkilangan yang membentuk kira-kira satu perlima daripada ekonomi Singapura, dijangka tumbuh dengan rancak untuk tahun ini. 

Pakar ekonomi menjangkakan sektor itu berkembang 4.6 peratus, lebih tinggi dari unjuran 4.1 peratus tiga bulan lalu.

Penggunaan swasta juga diramal cerah setelah menyaksikan pertumbuhan dari 4.5 peratus kepada 6.6 peratus.

Bagi pasaran buruh, para responden menjangkakan kadar pengangguran mencecah 2.1 peratus pada akhir tahun ini, lebih rendah sedikit berbanding 2.2 peratus yang diunjurkan sebelumnya. 

Sementara itu, GDP Singapura untuk 2023 diunjurkan tumbuh sebanyak 3 peratus, dengan inflasi turun daripada paras tertinggi. 

Tinjauan suku tahunan terkini itu dikeluarkan oleh MAS pada hujung bulan Mei kepada para pengamat dan pakar ekonomi yang memantau rapi ekonomi Singapura.

Laporan tersebut tidak mewakili pandangan mahupun ramalan MAS, tekan bank pusat itu. 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan