Skip to main content

Kewangan

Pakar ekonomi turunkan unjuran pertumbuhan SG: Tinjauan MAS

Pakar ekonomi menurunkan unjuran mereka bagi pertumbuhan dan inflasi Singapura untuk tahun ini dan menjangkakan pelonggaran lanjut bagi dasar kewangan pada bulan depan, berdasarkan tinjauan ramalan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dikeluarkan pada Rabu (18 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Jun 2025 03:20PM Dikemas Kini : 19 Jun 2025 12:08AM
SINGAPURA: Pakar ekonomi menurunkan unjuran mereka bagi pertumbuhan dan inflasi Singapura untuk tahun ini dan menjangkakan pelonggaran lanjut bagi dasar kewangan pada bulan depan, berdasarkan tinjauan ramalan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) yang dikeluarkan pada Rabu (18 Jun).

Ketegangan geopolitik dilihat sebagai risiko terbesar terhadap ekonomi, manakala ketegangan perdagangan yang tidak seburuk yang dijangka atau mereda merupakan risiko peningkatan yang paling banyak disebut, dalam maklum balas daripada 20 pakar ekonomi dalam tinjauan bagi suku bulan Jun. Unjuran median bagi pertumbuhan diturunkan kepada 1.7 peratus daripada 2.6 peratus dalam tinjauan pada suku Mac. Pada April, pemerintah menurunkan unjuran pertumbuhan 2025 kepada antara 0 hingga dua peratus, mengambil kira kesan tarif Amerika Syarikat.

Hampir tiga daripada lima responden menjangkakan MAS akan melonggarkan lagi tetapan dasar kewangan pada semakan bulan depan, menurut tinjauan tersebut. MAS melonggarkan dasar kewangannya pada Januari dan April menyusuli jangkaan inflasi dan pertumbuhan yang lebih perlahan tahun ini.

Unjuran median bagi inflasi keseluruhan dan inflasi teras bagi 2025 masing-masing diturunkan kepada 0.9 peratus dan 0.8 peratus, menurut tinjauan berkenaan.

Semasa semakan dasar pada April, ramalan MAS menurunkan unjuran inflasi terasnya kepada antara 0.5 hingga 1.5 peratus bagi 2025. Pada Mac, kadar inflasi teras tahunan berada pada paras 0.5 peratus, yang terendah dalam tempoh lebih tiga tahun. Tinjauan berkenaan dihantar kepada para responden pada 22 Mei, iaitu hari yang sama data GDP suku pertama akhir dikeluarkan.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita