Pakar ekonomi swasta naikkan ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura bagi 2021 & 2022
Pakar ekonomi swasta meningkatkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura 2021 buat kali keempat tahun ini.
Gambar: AFP
SINGAPURA: Pakar ekonomi swasta meningkatkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura 2021 buat kali keempat tahun ini.
Tinjauan terbaru yang dikeluarkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mendedahkan ekonomi dijangka berkembang 6.9 peratus tahun ini, naik daripada 6.6 peratus yang diramalkan pada September lalu. Ini selaras dengan ramalan terbaru pemerintah sekitar 7 peratus.
Sektor binaan dijangka tumbuh 21 peratus, lebih tinggi berbanding ramalan sebelumnya pada 16.6 peratus.
Prospek cerah juga diramalkan bagi sektor kewangan dan insurans serta sektor perdagangan borong dan runcit.
Namun, prospek bagi khidmat penginapan dan makanan tidak begitu cerah. Ini ekoran langkah berjaga-jaga yang timbul dari keadaan tidak menentu COVID-19.
Ahli ekonomi kanan dari DBS, Irvin Seah, berkata bank itu mengambil sikap lebih berhati-hati dengan varian Omicron mula mencengkam dunia dan perubahan dasar di China.
Dengan harga makanan, barangan dan bahan menunjukkan trend meningkat, Encik Seah berkata inflasi berkemungkinan berlaku lebih pantas daripada dijangkakan.
Beliau menambah kenaikan GST kemungkinan diumumkan pada Julai tahun depan sekali gus membawa kepada bacaan inflasi jauh lebih tinggi pada separuh kedua 2022.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.