Pakar ekonomi akur risiko bagi pertumbuhan GDP SG tapi tidak ubah unjuran buat masa ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Sebahagian besar pakar ekonomi sektor swasta yang memantau ekonomi Singapura mengekalkan unjuran bagi pertumbuhan GDP Singapura buat masa ini, walaupun akur ada risiko daripada perang di Timur Tengah.
Mediacorp menghubungi 11 pakar ekonomi pada Selasa (7 Apr) mengenai jangkaan mereka untuk Singapura, dan hanya dua berkata mereka akan menurunkan unjuran mereka. Lima pakar ekonomi berkongsi unjuran mereka tanpa memaklumkan rancangan untuk menurunkan unjuran tersebut, manakala yang lainnya tidak memberikan angka terkini.
Cik Sheana Yue, pakar ekonomi kanan di Oxford Economics, berkata syarikat itu telah menurunkan unjuran bagi Singapura daripada 4.5 peratus kepada 4.1 peratus pada bulan Mac.
“Kami juga sedang mempertimbangkan untuk menurunkannya sedikit lagi bulan ini. Semakan pada bulan lalu lebih merupakan langkah awal dengan andaian adanya kejutan sementara, tetapi kini kami melihat konflik di Timur Tengah berkemungkinan berlarutan lebih lama daripada jangkaan awal,” katanya.
Kesan tersebut juga berkemungkinan lebih berpanjangan, jika kejutan kenaikan harga minyak sebelum ini dijadikan panduan, katanya. Ini menambah keperluan untuk menurunkan unjuran pertumbuhan.
The Economist Intelligence Unit turut menurunkan unjuran pertumbuhan bagi Singapura.
“Kami menurunkan unjuran pertumbuhan GDP sebenar Singapura bagi 2026 daripada 3.2 peratus kepada 2.7 peratus,” kata penganalisis Asia, Tay Qi Hang.
Beliau berkata kos bekalan tenaga yang lebih tinggi sudah membawa tekanan terhadap kegiatan pengeluaran dan perbelanjaan pengguna di pasaran eksport utama Singapura, manakala ketidaktentuan yang meningkat serta kos bekalan tenaga yang tinggi akan mendorong syarikat-syarikat menangguhkan perbelanjaan modal.
Namun begitu, para pemerhati lain masih belum mengubah unjuran mereka.
“Masih terdapat terlalu banyak ketidaktentuan dan saya sedang menunggu anggaran awal GDP suku pertama … serta sama ada akan berlaku peningkatan konflik di Timur Tengah minggu ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang skala perubahan unjuran,” kata ketua penyelidikan Asia ANZ, Khoon Goh.
Beliau melihat pertumbuhan GDP tahun ini pada kadar 3.2 peratus, yang mengambil kira sedikit kesan negatif daripada konflik Timur Tengah.
Encik Barnabas Gan, ketua pakar ekonomi kumpulan RHB, juga mengekalkan unjuran pertumbuhan Singapura pada kadar 3 peratus. Konflik tersebut dianggap sebagai “gangguan sementara” berbanding ekonomi global dan domestik yang masih berdaya tahan, katanya.
Namun, beliau akur kemungkinan konflik akan berlarutan dan bertambah serius.
“Jika peperangan berlarutan hingga separuh kedua 2026, risiko penurunan boleh menjadi kenyataan, dan berpotensi menurunkan pertumbuhan GDP Singapura kepada 1.0 hingga 1.5 peratus dalam senario yang lebih buruk,” katanya.
Ekonomi Singapura berkembang 5 peratus pada tahun 2025.
KESAN MELUAS?
Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong pada Selasa memberi amaran bahawa kegiatan ekonomi berkemungkinan tumbuh perlahan dalam suku-suku akan datang akibat gangguan terhadap perdagangan global dan tenaga.
Syarikat pengeluaran yang bergantung kepada gas asli, minyak mentah dan produk berasaskan minyak akan terjejas lebih teruk, katanya, manakala industri yang banyak menggunakan tenaga, pengangkutan udara dan laut serta pelancongan juga akan terkesan oleh kos yang lebih tinggi.
Beliau berkata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan akan mengemas kini unjuran GDP pada bulan Mei.
Pakar ekonomi kanan DBS, Chua Han Teng, berkata kelompok petrokimia sudah menghadapi tekanan yang ketara, dan pengeluaran produk elektronik menghadapi risiko penurunan akibat gangguan terhadap rantaian bekalan.
Kelompok pengeluaran produk elektronik sebelum ini disokong oleh momentum global terhadap kecerdasan buatan, tetapi kekangan bekalan yang berterusan boleh menyebabkan pengurangan pengeluaran.
“Kenaikan kos bahan api dan bahan mentah akan menjejaskan pertumbuhan dalam banyak sektor,” kata Brian Lee, pakar ekonomi di Maybank Securities.
Beliau berkata peningkatan kos perniagaan akhirnya akan disalurkan kepada para pengguna, sambil menekankan bahawa industri seperti perkapalan marin dan pengangkutan darat akan menjadi antara yang paling tertekan.
Edward Lee dari Standard Chartered Bank menyuarakan pandangan yang sama. “Kesan ini berkemungkinan lebih meluas dan bukan hanya terhad kepada beberapa sektor,” kata ketua pakar ekonomi bank tersebut bagi ASEAN dan Asia Selatan.
KEBIMBANGAN INFLASI
Harga dijangka menjadi “bidang pertama yang menunjukkan kesan ketara”, tambah Encik Lee.
Standard Chartered menaikkan unjuran inflasi daripada 1.5 peratus kepada 2.5 peratus bulan ini.
Ini lebih tinggi daripada anggaran 1 hingga 2 peratus Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
“Ia bukan sekadar isu harga,” kata Encik Lee. “Walaupun harga mungkin menjadi bidang pertama yang terjejas, gangguan bekalan sebenar juga boleh berlaku dan menjejaskan keseluruhan kegiatan apabila keadaan berlarutan.”
The Economist Intelligence Unit turut menyemak unjuran inflasinya daripada 1.7 peratus kepada 2.1 peratus, terutamanya disebabkan lonjakan harga minyak global.
"Oleh kerana Singapura tidak mempunyai mekanisme subsidi bahan api untuk menyerap kesan tersebut, lonjakan ini menyebabkan harga minyak di pam, tarif elektrik serta kos pengangkutan dan logistik meningkat,” kata Tay
Beberapa pakar ekonomi berkata bank pusat Singapura mungkin akan mengetatkan dasar kewangannya semasa mesyuarat April dan mengulangi langkah tersebut pada separuh kedua tahun ini.
HSBC kini menjangkakan bank pusat akan mengetatkan dasarnya pada April dan sekali lagi pada suku keempat tahun ini memandangkan risiko peningkatan inflasi teras dijangka berlaku tidak lama lagi.
“Kenapa kami tidak menjangkakan pengetatan berturut-turut adalah kerana MAS berkemungkinan mengambil masa untuk menilai kesannya sebelum bertindak lagi,” kata Yun Liu, pakar ekonomi kanan ASEAN di HSBC.
Dari sudut fiskal, pakar ekonomi berkata pemerintah Singapura mungkin menyediakan lebih banyak sokongan untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup.
Edward Lee dari Maybank Securities berkata bahawa pemerintah telah mengumumkan pakej sokongan bernilai S$1 bilion (AS$779 juta) pada Selasa, termasuk bantuan khusus untuk sektor pengangkutan darat.
“Dengan lebihan S$8.5 bilion dalam Belanjawan FY2026, masih ada ruang untuk melaksanakan lebih banyak langkah,” katanya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.