Skip to main content

Iklan

Iklan

Kewangan

Oxley Garden dilancar semula untuk jualan en bloc harga rizab S$200 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Oxley Garden dilancar semula untuk jualan en bloc harga rizab S$200 juta

Oxley Garden. (Tangkapan skrin: Google Street View)

SINGAPURA: Oxley Garden dilancarkan semula bagi penjualan secara berkelompok melalui tender pada harga rizab S$200 juta, menurut ejen pemasaran JLL pada Isnin (19 Sep).

Dibina pada tahun 1960-an, bangunan kediaman kepadatan rendah yang terletak di kawasan beli-belah Orchard Road itu terdiri daripada 46 apartmen yang meliputi enam blok setinggi empat tingkat, menurut JLL dalam satu kenyataan media. Syarikat itu menyelia penjualan bangunan tersebut bersama Briliance Capital.

"Lebih 80 peratus pemilik sudah bersetuju dengan penjualan secara berkelompok pada harga minimum S$200 juta," menurut JLL.

"Hartanah itu merangkumi dua bidang tanah dengan kawasan tanah keseluruhan kira-kira 58,207 kaki persegi."

Tapak pegangan bebas tersebut sebelum ini pernah ditawarkan untuk penjualan secara berkelompok pada April lalu, pada harga rizab yang sama.

Di bawah Pelan Induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), tapak Oxley Garden ditetapkan untuk kegunaan kediaman pada nisbah plot kasar (GPR) 1.4 dengan had ketinggian sehingga lima tingkat, menurut JLL.

Tender untuk Oxley Garden akan ditutup pada 1 November 2022, pukul 3.00 petang.
Sumber : CNA/HY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan